“Dia Tak Minta Saya Sentuh Dia Pun” Netizen Terinspirasi Kisah Umie Aida

Bila bercakap tentang menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan, ia tidak menjadi masalah bagi mereka yang bukan beragama Islam.

Namun bagi seorang muslim, kemungkinan besar anda akan dipandang serong masyarakat jika membela haiwan tersebut kerana ada beberapa hukum dalam Islam untuk membela dan menyentuh seekor anjing yang perlu diikuti. Tak memasal kang kena samak weh! 

Pun begitu, menerusi perkongsian Instagram My Forever Doggo baru-baru ini, pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida berkongsi kisahnya membela seekor anjing jalanan bernama Blackie. 

Sumber: Instagram
Umie Aida bersama Blackie

 

Sudah bela anjing sejak 5 tahun dulu 

Menurut Umie Aida, dia sebenarnya sudah lima tahun membela anjing jalanan tersebut semenjak dia berpindah ke tempat tinggalnya kini.

Semuanya bermula apabila dia terlihat beberapa ekor anjing sedang minum air di longkang. Daripada situ hatinya tersentuh dan mula memberi anjing-anjing tersebut air di dalam bekas.

Sumber: Instagram

Namun tidak lama selepas itu, DBKL datang untuk menangkap anjing-anjing tersebut tapi Blackie seorang saja yang terlepas dan dijaga Umie sehingga kini.

Dia sangat special. Dia hormat saya, dia tak datang dekat dengan saya pun seperti dia memahami saya (sebagai seorang muslim). 

“Dia tak suruh saya pegang dia, dia juga tidak berak dan kencing di kawasan rumah saya. Dia pergi ke dalam hutan,” kata Umie lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by My Forever Doggo (@myforeverdoggo)


Umie ajar anak untuk sayang binatang

Tambah Umie Aida lagi, dia selalu mengajar anak-anaknya itu menyayangi binatang dan menjadikan dirinya contoh supaya anak-anak terus suka dan sayang akan haiwan tersebut.

“Hidup kita sekarang sangat stress dengan COVID dan ekonomi dan lain-lain. Kita tak boleh paksa orang untuk sayang anjing atau kucing atau burung, tapi kita menghargai ia ciptaan Tuhan dalam alam dunia ini. 

“Jangan seksa binatang. Hormat ruang mereka dan mereka pun akan hormat kita,” katanya lagi.

Perkongsian video tersebut mendapat komen positif netizen terhadap Umie yang menghargai haiwan terbiar seperti anjing jalanan tersebut.

Sumber: Instagram

Jangan seksa binatang. Tak kiralah anjing ke kucing ke. Mereka semua makhluk ciptaan Allah. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dia Tak Minta Saya Sentuh Dia Pun” Netizen Terinspirasi Kisah Umie Aida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*