Ifan Seventeen Mengakv Pernah ‘Dit@ngkap B4sah’Kini Kembali Bercinta Dengan Citra Monica

Vokalis kumpulan Seventeen, Ifan yang kehilangan isterinya, Dylan Sahara dalam tragedi tsunami di Tanjung Lesung sekitar hampir dua tahun lalu kini dikhabarkan sudah mempunyai kekasih.

Wanita yang berjaya membuka semula hati Ifan untuk kembali memupuk cinta adalah bekas teman sekolahnya, Citra Monica.

Citra Monica juga adalah wanita yang pernah ‘ditangkap basah’ bersama Irfan dalam sebuah apartment tahun lalu oleh suaminya sendiri.

Namun, waktu itu, baik Ifan atau Citra keduanya menafikan mereka menjalin hubungan cinta. Citra juga menolak dakwaan dirinya curang terhadap suaminya pada waktu itu.

Meski demikian, Ifan kini tidak berselindung dia dan Citra mula menjadi hubungan lebih serius selepas tragedi ‘ditangkap basah’ tersebut.

“Kalau boleh saya katakan, kami menjadi lebih rapat selepas tragedi ‘penangkapan’ tersebut,” kata Ifan saat ditemui media Indonesia termasuk Gempak Indonesia Isnin lalu.

Ifan kemudian menceritakan, sebagai kawan, dia mengetahui Citra merupakan isteri orang. Namun setelah dirinya dan wanita tersebut ‘ditangkap’, dia berpendapat bahawa rumah tangga Citra memang bermasalah sehingga mereka akhirnya rasmi bercerai.

“Kami memang bersahabat sejak sekolah menengah dan setahu saya rumah tangga dia baik baik saja. Sehingga tiba tiba kami ditangkap, saya sedar ada yang tak kena dengan rumah tangganya,” ujar Ifan.

Kini setelah Citra menjanda dan dia juga berstatus duda, Ifan mengaku wanita tersebut menjadi penyembuh luka ditinggal mati oleh isterinya.

“Hampir dua tahun saya tidak punya siapa siapa untuk berkongsi cerita. Ya, Citra Monica membantu menyembuhkan luka saya. Pastinya ini untuk serius (hubungan),” akui Ifan.

Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, lelaki dengan nama sebenar Riefian Fajarsyah ini memutuskan untuk menjalani karier seninya secara solo selepas kehilangan semua anggota Seventeen dalam tragedi Tsunami pada 2018 silam saat mereka sedang beraksi di atas pentas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Ifan Seventeen Mengakv Pernah ‘Dit@ngkap B4sah’Kini Kembali Bercinta Dengan Citra Monica"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*