Seorang Kakitangan Plaza Tol Sah Positif C0vid19

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan seorang kakitangannya di Plaza Tol Sedenak di sini, disahkan positif Covid-19, hari ini.

Menurut satu kenyataan rasmi PLUS, kakitangan itu ialah seorang Pembantu Khidmat Pelanggan yang ketika itu sedang dirawat di sebuah hospital.

Katanya, Plaza Tol Sedenak akan ditutup sementara mulai jam 12 tengah hari hari ini, untuk kerja sanitasi dan pembersihan selama enam jam.

“PLUS juga sudah menjalankan pengesanan kontak dan mengarahkan semua kakitangan operasi dan penyelenggaraan di plaza tol terbabit menjalani pemeriksaan dan saringan kesihatan.

“PLUS memberi jaminan bahawa kerja disinfeksi dan pembersihan diadakan di plaza tol yang terbabit.

“Sehubungan itu, pengguna PLUS dari Sedenak dan kawasan sekitar yang ingin menuju ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru boleh memasuki lebuh raya PLUS menerusi Plaza Tol Simpang Renggam atau Kulai sepanjang tempoh penutupan itu.

“Bagi pelanggan dari Kuala Lumpur yang menghala ke Sedenak dinasihatkan supaya keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Simpang Renggam, manakala bagi pelanggan dari Johor Bahru yang menghala ke Sedenak dinasihatkan supaya keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Kulai.Kami akan memaklumkan sebarang perubahan dari semasa ke semasa”,katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Hmetro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Seorang Kakitangan Plaza Tol Sah Positif C0vid19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*