“T4k Mas0k Akai”Lagu Cik B Trending Nombor Satu Di YouTube

Tampil dengan muzik single pertamanya pada 1 Disember lalu, lagu berjudul Tolonglah nyanyian anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B kini trending nombor satu saluran YouTube.

Setakat pada pukul 3.45 petang tadi, lagu nyanyian gadis berusia 15 tahun itu sudah meraih sebanyak 754,979 jumlah tontonan. Berita gembira itu turut dikongsikan oleh DSV menerusi Instagramnya pagi tadi.

Terharu dengan kejayaan single pertama anaknya itu, DSV mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mendengar lagu tersebut dan buat mereka yang sentiasa memberikan sokongan kepada Cik B.

Untuk rekod, lagu Tolonglah merupakan lagu ciptaan komposer muda Yonnyboii, manakala liriknya pula ditulis Datuk Seri Vida dan Cik B.

Single berkenaan merupakan sebuah lagu tentang kehidupan sebenar Cik B yang harus melalui pelbagai cabaran semasa dibesarkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“T4k Mas0k Akai”Lagu Cik B Trending Nombor Satu Di YouTube"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*