Terima 5 Lagi Laporan Baru

Polis Selangor hari ini memberitahu yang mereka menerima kira-kira lima laporan lagi yang dibuat mangsa jenayah seksual membabitkan seorang pendakwah selebriti yang ketika ini masih dalam tahanan reman. 

Menurut Berita Harian, semua laporan itu diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan Petaling Jaya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata siasatan kini masih dijalankan dan beliau menggesa semua untuk tampil ke hadapan jika mereka pernah menjadi mangsa kepada pendakwah ini.

Sumber: Berita Harian

Berdasarkan siasatan awal, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan mangsa mudah tertarik dengan cara pendakwah itu meyakinkan mereka sehingga dengan mudah terjebak dalam perangkap suspek.

“Kebanyakan mangsa masih muda, usia sekitar 21 hingga 25 tahun, mungkin tertarik dengan pendakwah itu kerana cara dia mendekati mangsa dalam usia sebegini.

“Apabila dia menggambarkan diri dia sebagai pendakwah yang boleh menenang dan meyakinkan mangsa terutama bercakap lebih menjurus kepada keagamaan, ini menjadi tarikan kepada mangsa.

“Tarikan dari segi rupa paras itu bergantung pada yang melihat, ada nampak dia tampan, ada sebaliknya tetapi cara dia bercakap yang dapat menarik mangsa,” jelasnya.

Pendakwah guna ilmu pengasih?

Walau bagaimanapun, berhubung dakwaan pendakwah terbabit menggunakan ilmu pengasih, pihak polis setakat ini masih tiada maklumat mengenainya.

Ilmu pengasih saya tidak tahu, tapi kadang-kala lelaki warga asing kulit hitam pun boleh dapat gadis yang muda cantik juga.

“Ini bermakna cara bercakap, mendengar masalah, itu yang menjadi kelemahan wanita apabila mendapat nasihat dan tunjuk ajar. Itu adalah satu faktor yang penyebab mereka terjerat dengan pendakwah terbabit,” katanya.

Sumber: Instagram

Tambahnya lagi, semua laporan dibuat mangsa akan disiasat dan dikumpulkan daripada pelbagai sudut, termasuk bagaimana perkenalan mereka serta medium yang digunakan.

“Bila siasatan lengkap, kita akan kemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan fakta dan bukti, sama ada boleh dakwa atau tidak, keputusan itu terpulang kepada pihak pendakwaan,” jelasnya lagi.

Bila disoal kenapa kebanyakan mangsa ambil masa yang lama untuk buat laporan polis, dia berkata, kemungkinan besar masing-masing malu kerana ia membabitkan isu maruah diri.

“Jadi saya menyeru, yang pernah jadi mangsa datanglah ke balai dan buat laporan polis, kita akan ambil tindakan, tidak perlu takut,” katanya.

Makin hari makin ramai yang buat laporan ye. Kalau ada mangsa lagi, jangan takut untuk buat laporan polis.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Terima 5 Lagi Laporan Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*