Diberhentikan Ak1bat Covid-19, Pramugari Ini Beralih Kerjaya Sebagai Penjual Tong Gas

Penyebaran Covid-19 membuatkan ramai sedar tiada satu pun pekerjaan yang akan kekal dalam hidup buat selamanya. Lebih menyedihkan lagi, ramai pekerja yang terpaksa diberhentikan daripada kerja mereka kerana banyak syarikat besar mengalami kerugian dari segi ekonomi.

Turut terkesan dengan isu ekonomi dunia, syarikat penerbangan memutuskan untuk memberhentikan pekerjanya. Tidak banyak bezanya dengan di Malaysia, pramugari di Filipina ini turut menerima tempias keputusan syarikat tersebut.

Menurut Maurice Maureen Avila setelah tiga tahun menaburkan bakti dalam bidang yang diminatinya itu, dia terpaksa akur dengan kehendak syarikat itu untuk memberhentikannya.

Ketika dilanda pandemik ini, tiada siapa yang mahu perkara itu menimpa dirinya. Namun apakan daya…

Maurice yang diberhentikan sejak 16 Oktober lalu mengakui terlalu kecewa dengan berita yang diterimanya itu.

Kesannya dia bukan sahaja mula kehilangan selera makan, malah membuatkan dia menangis setiap malam memikirkan nasib dirinya.

Sumber: Harian Metro

Bangkit semula!

Wanita itu turut akui dia cukup terkesan dengan keputusan syarikat itu hingga dia mempersoalkan banyak perkara.

“Setiap malam saya bertanya kepada Tuhan mengapa jadi begini sedangkan saya bekerja keras selama ini.

Namun setelah puas meratapi kesedihannya itu, Maurice nekad untuk menjalankan perniagaan tong gas cecair petroleum (LPG) bersama dengan teman lelakinya lapor Harian Metro.

“Hingga satu hari, tercetus idea untuk menjual tong gas (LPG) dan sejak itu, saya nekad meneruskan jualan bersama kekasih saya.

“Saya kembali bersemangat dan harap mereka yang senasib tidak berputus asa,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Sumber: Harian Metro

Maurice yang turut menerima takdir hidupnya dan kini selesa jalani rutin hidup yang baru.

“Sepanjang lebih sebulan menganggur, saya sedar yang kita hanya boleh merancang tetapi Tuhan menentukannya.

Sesiapa yang sedang berusaha untuk cari pekerjaan tu, min harap kekal positif dan tak putus semangat okay…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Diberhentikan Ak1bat Covid-19, Pramugari Ini Beralih Kerjaya Sebagai Penjual Tong Gas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*