Ketua Pegawai KWSP Umumkan Berita Yang Baik Untuk Permohonan i-Sinar Di Bawah Kategori 2

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mempertimbangkan setiap permohonan kemudahan i-Sinar di bawah Kategori 2, kata Ketua Pegawainya Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias.

Beliau berkata, ahli yang terjejas dari segi kewangan tidak kira pendapatan kecil atau besar tetapi tidak layak membuat permohonan untuk i-Sinar di bawah Kategori 1, boleh memohon untuk kemudahan itu di bawah Kategori 2.

“KWSP sedar situasi individu yang terjejas pendapatannya adalah unik bagi setiap kes dan tidak ada satu penyelesaian menyeluruh.

“Untuk kategori kedua, kita menyarankan kepada ahli kita untuk siapkan dokumen yang boleh menunjukkan impak atau kesan terjejas pendapatan mereka dan hantar kepada KWSP pada 11 Januari 2021,” katanya pada program ‘i-Sinar dialog Bersama KWSP’ di Astro Awani, malam ini.

Tunku Alizakri berkata, KWSP akan membuat pertimbangan setiap permohonan bagi memastikan pintu pertolongan tidak tertutup kepada sesiapa.

Pada 2 Disember, KWSP mengumumkan pencarum yang layak membuat permohonan kemudahan i-Sinar terbahagi kepada dua kategori.

Kategori 1 adalah pencarum yang bekerja dalam sektor formal, bekerja sendiri, bekerja dalam sektor ekonomi gig, ahli yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau ahli yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi kategori 1 adalah ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut semasa permohonan; atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.

Bagi kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlvk4n; kelulusan secara autom4tik berdasarkan data dalaman KWSP dan ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Bagi kategori 2 pula, ia adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, dan pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen diberikan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:HMetroOnline

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Ketua Pegawai KWSP Umumkan Berita Yang Baik Untuk Permohonan i-Sinar Di Bawah Kategori 2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*