Pengunjung Dah Beratur Depan Pintu Masvk KWSP Tapi Tak Dibenarkan Mas0k

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) cawangan Johor Bahru ditutup tiga hari susulan terdapat kakitangannya positif Cov1d-19.

Video Berada Di Bawah Artikel

Penutupan cawangan itu bermula hari ini sehingga Selesa ini sebagai langkah berjaga-jaga selain proses sanitasi akan dilakukan.

Segala urusan di cawangan KWSP Johor Bahru ditangguhkan sebelum beroperasi semula hari Selasa depan.

Tinjauan Kosmo! mendapati orang ramai hadir untuk berurusan terpaksa akur dengan penutupan cawangan terbabit.

Seorang suri rumah, Norazizah Mian, 45, berkata, dia datang ke cawangan KWSP untuk mendaftarkan I-Sinar.

“Saya sampai dalam 15 minit tadi, bila dah sampai tengok ada notis memaklumkan KWSP ditutup tiga hari.

“Saya tanya anggota keselamatan bertugas dia cakap ada kakitangan positif Cov1d-19,” katanya.

Terdahulu, satu rakaman video tular di media sosial memaklumkan KWSP Johor Bahru ditutup.

Menerusi rakaman itu, seorang pegawai dipercayai pengawai keselamatan membuat pengumuman menggunakan pembesar suara di hadapan pintu masuk KWSP Johor Bahru.

“Terdapat anggota (kakitangan) KWSP positif Cov1d-19, anda tidak digalakkan berurusan di KWSP Johor Bahru,”katanya.

Video Pengumuman Di KWSP Johor

https://www.facebook.com/zulhazriabubakar/videos/10223706624993840

Komen Netizen:

“Sebab tu rakyat mintak dipermudahkan urusan..tak perlu jumpa pegawai untuk rayuan permohonan sebab takut jadi isu macam ni..mudahkan syarat pengeluaran.”

“Permudahkan la pengeluaran kwsp tu mcm i-lestari…ini tak,kne buat i-akaun la,kretiria la,apa la ini la…xpasal2 kne tutup cov1d..ha susahkan rakyat lagi.”

“Hahahhaha…tak pernah amik pengajaran apa yang berlaku dulu…21hb ni mesti penuh pejabat kwsp…lepas 2 minggu wujud kluster KWSP hahaha  ,, apa salah nya kerajaan lulus ja secara automatik yang mana lulus i lestari dlu…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Kosmo Online / Info Roadblock JPJ/Polis

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pengunjung Dah Beratur Depan Pintu Masvk KWSP Tapi Tak Dibenarkan Mas0k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*