Aliff Syukri Akan Adakan Sidang Media Khas

Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kenyataan balas berhubung pendedahan dan tuntutan yang dibuat oleh gadis yang dibantunya sebelum ini, Wani Chomel.

Nafi Ambil Kesempatan

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Aliff menafikan bahawa dia telah mengambil kesempatan di atas keadaan Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim . Menurut Aliff, dia sudah lama memberitahu pada umum bahawa dia akan melakukan pembedahan ‘Bariatic’ (pembedahan bertujuan menurunkan berat badan) pada remaja itu atas nasihat doktor.

Malah pembedahan tersebut juga berjaya dilakukan sehingga membolehkan Wani mampu bergerak seperti biasa berbanding sebelum ini.

Wani Dedah Tidak Mendapat Faedah Seperti Yang Dijanjikan 

Bagaimanapun, Wani pada minggu lalu telah membuat pendedahan yang mana dia tidak lagi mendapat faedah yang dijanjikan oleh usahawan itu selepas menjadi duta kepada produk pelangsingan badan milik Aliff. Berikutan itu, Wani telah membuat laporan polis dan menuntut semula antara faedah yang dijanjikan padanya.

Jelas Aliff, dia tidak menolak antara punca Wani nekad berbuat demikian adalah kerana dihasut oleh sesetengah pihak dan usahawan ini turut menasihati Wani agar terus berusaha sendiri untuk mencari rezeki.

“Kepada Wani terima kasih banyak-banyak.Awak nak saman saya? Kerjalah adik Wani sayang oii.Dah boleh jalan carilah rezeki.Orang lain kerja siang malam pagi petang dik cari rezeki untuk keluarga,awak nak harap duit bantuan sampai bila?”

Sepanjang rawatan,kos semua saya tanggung,bayar coach theraphy kaki,makan,tempat tinggal semua saya yang tanggung.seposen pun tak minta duit awak adik wani.Jadi jangan menangguk di air yang keruh.(kita lihat siapa yang kena saman😜) dan rasa ye korang tau kot siapa cucuk si @wani.chomel ni kan. korang rasa siapa??” tulis Aliff

Dalam perkembangan lain, pihak Murai.my menerima sebuah undangan dari Aliff Syukri berkenaan sesi sidang media yang akan diadakan pada jam 2 petang ini. Difahamkan, sidang media tersebut bakal mendedahkan segala-galanya mengenai isu yang timbul termasuk mengenai tindakan yang akan diambil oleh pihak Aliff.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Murai.My

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Aliff Syukri Akan Adakan Sidang Media Khas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*