Anggota P0lis Ber’TikTok’ Ketika Bertugas

Integriti penjawat awam pula merujuk kepada apabila seseorang menjawat apa-apa sahaja jawatan yang diamanahkan.

Itu termasuk dalam perkhid­matan kerajaan, penjawat awam terbabit perlu bertindak secara ju­jur dan amanah mengikut bidang kuasa dan tugasnya.

Harus telus, tiada konflik peribadi, berwibawa, akauntabiliti serta patuh kepada segala peraturan dan undang-­undang yang ditetapkan.

Apabila berlaku sesuatu konflik kepentingan, keutamaan haruslah diberikan kepada kepentingan awam.

Oleh itu, adalah penting bagi semua penjawat awam melaksanakan segala tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaiknya.

Ini supaya kepercayaan masyarakat umum terhadap penjawat awam tidak terjejas sehingga boleh mengganggu kestabilan dan keharmonian negara.

Ketua PoIis KeIantan Bersuara Bila Anggotanya Buat Tiktok

Seorang anggota polis wanita dari Kontinjen Kelantan berdepan tindakan tatatertib.

Ini selepas memuat naik video seperti aksi tarian menerusi aplikasi Tik Tok sewaktu memakai uniform operasi polis.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, perbuatan yang kini tular di media sosial itu menjejaskan imej jabatan dan kod etika Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, siasatan telah dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kelantan.

Ini bagi membolehkan tindakan tatatertib diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Saya memandang serius perlakuan seorang anggota polis yang membuat video yang mempamerkan aksi seperti tarian menerusi aplikasi Tik Tok sewaktu memakai uniform polis.

“Arahan Ketua Polis Negara sangat jelas bahawa terdapat larangan pegawai kanan.

Dan pegawai rendah polis memuat naik serta perkongsian peribadi semasa memakai uniform di platform media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shafien, pihak jabatan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik PDRM.

Video

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:lamanmaya.pw/

Kredit:-K!ONLINE

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Anggota P0lis Ber’TikTok’ Ketika Bertugas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*