Truck M4inan Kawalan Jauh Ank Bergerak Sendiri, Ustaz Kata ‘Penghvni Asal’ Nak Tvnjuk Diri

Episod seram yang berlaku dalam rumah bukanlah sesuatu yang baru lagi dalam mana-mana masyarakat.

The Conjuring pun dah menjadi contoh yang jelmaan itu muncul dalam semua budaya. Tapi siapa sangka yang dirinya bakal menjadi ‘mangsa’ guraun makhluk halus itu.

Sudah menetap di rumah yang sama selama dua tahun, seorang wanita yang dikenali sebagai Leannna sudah pasti tidak menyangka idirinya akan berdepan dengan situasi itu bersendirian.

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman sosial Twitternya, Leanna terus mengangkat kaki keluar dari rumah setelah ‘penghuni asal’ itu mula menggila.

Ketika kejadian yang berlaku pada hari Jumaat lalu, wanita itu dikatakan berada di rumahnya bersama seorang lagi anaknya yang masih bayi. Manakala anak lelaki serta suami tiada di rumah kerana menghadiri majlis tahlil pada masa itu.

Tepat jam 10!

Siapa sangka ketika sedang menjalankan rutinnya mengemas pakaian jam 10 malam, sebuah mainan dump truck milik anak lelakinya mula bergerak sendiri.

Lebih seram lagi, menurut Leanna dump truck itu mempunyai alat kawalan jauh yang boleh mengawalnya. Namun remote itu telah disorok oleh suaminya satu masa dahulu.

Haa sudah, siapa pula yang main ni?

Dalam pada tengah panik itu, wanita itu masih cuba untuk berfikiran secara positif dengan menyangka yang dia terduduk di atas alat kawalan jauh permainan itu, tapi sangkaannya ternyata meleset…

Cabut dulu!

Siapa yang tak takut kalau berada dalam situasi ni, lagi-lagi apabila hanya tinggal berdua dengan bayi kecilnya.

Tak fikir panjang, wanita itu terus keluar dari rumah dan terus menantikan suami untuk segera pulang.

Seronok pula dia main hari ni ya?

“Dah puas main ke?”

Yang ‘menariknya’ permainan itu tidak lagi bergerak selepas suami dan anak lelaki wanita itu pulang. Pandai dia menyorok ya…

Setelah pencarian dilakukan, alat kawalan jauh itu akhirnya dijumpai di dalam bilik simpanan baju dengan ditindih oleh bantal yang ada. Jadi siapa agaknya yang kawal dari atas tu?

Bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu, akhirnya wanita tersebut memanggil ustaz untuk melihat keadaan rumahnya.

Menurut pakar perubatan itu, ‘penghuni’ itu sudah lama mendiami rumah tersebut, namun hanya memilih itu menonjolkan dirinya baru-baru ini.

Turut dikongsikan oleh pakar perubatan itu ialah penghuni itu dikatakan mendiami di salah sebuah bilik dirumah itu, dengan merujuk kearah bilik milik wanita itu.

Kalau min kena macam ni tak tau lah jadi apa. Seram dia macam zaman-zaman duduk asrama dulu…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Truck M4inan Kawalan Jauh Ank Bergerak Sendiri, Ustaz Kata ‘Penghvni Asal’ Nak Tvnjuk Diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*