Rugi RM267K G1la Bayang Dengan ‘Jnda Cantik’ 35 Tahun Yang Sebenarnya Lelaki

Seorang lelaki langsung tidak menyangka bahawa wanita yang dicintainya dan dianggapnya ‘hadiah dari tuhan’ rupa-rupanya hanya seorang pen1pu. Bukan sahaja dirinya kerugian ratusan ribu ringgit malah wanita berstatus ‘janda’ yang disayangi itu juga sebenarnya bukan wanita tetapi LELAKI!

Kisah yang berlaku di China, seorang lelaki warga emas dikenali sebagai Chen Tran, 70, dari Quanzhou, Fujian tidak pernah menyangka wanita berusia 35 tahun dikenali sebagai Vuong Tam Lan yang menjalin hubungan cinta dengannya adalah seorang pen1pu.

Pada mulanya, mereka berdua berkenalan menerusi sebuah platform dalam talian yang popular. Chen tertarik dengan Vuong yang menggunakan profil gambar wanita yang cantik di platform sosial berkenaan. Vuong juga memberitahunya bahawa dia sudah berpisah dengan suami dan kini menjawat jawatan sebagai ketua bank pelaburan di wilayah Anhui.

Selepas itu mereka berdua pun saling berhubung dan Chen semakin tertarik dengan Vuong yang menurutnya mempunyai pertuturan dan penampilan yang ceria hinggakan dia menganggap Vuong sebagai ‘hadiah dari tuhan’ kepadanya.

Dalam masa lebih kurang 3 hari, mereka sudah memanggil satu sama lain dengan panggilan manja seperti pasangan suami isteri.

Menurut Chen, Vuong juga memberitahunya dia mahu bertemu dengannya dan mahu menempah tiket pesawat selain secepat mungkin selain mengimpikan melahirkan anak lelaki mereka berdua.

Satu hari, Vuong memberitahu Chen yang dirinya sudah melabur RM673,590 namun modal masih belum mencukupi untuk projek institusi kewangannya serta mengembangkan perniagaan pengangkutan. Chen yang semakin angau cinta dengan Vuong terus menghantar duit kepada Vuong secara online hingga mencecah RM267,740 selepas Vuong mengadu masalah kewangan kepadanya.

Selepas itu, Vuong telah menghilangkan diri tanpa kesan dan tidak dapat dihubungi lagi oleh Chen. Akhirnya Chen menyedari akan kesilapannya dan mengetahui dirinya sudah kena t1pu.

Chen membuat laporan p0lis, namun kemudian terkejut apabila p0lis memberitahu berdasarkan pemeriksaan mereka pengguna akaun Wang Xin Lan (Vuong) sebenarnya milik seorang lelaki di Ham Duong, Shaanxi.

Akaun itu dibeli dengan harga 70,000 Yuan (RM43,585).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:nangtime.com

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Rugi RM267K G1la Bayang Dengan ‘Jnda Cantik’ 35 Tahun Yang Sebenarnya Lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*