Wanlta H4mil Sempat ‘Terjvn’ Dari Motosikal, Nyarls Dihntam Tayar Trak Melantun

Baru-baru ini berlakunya satu kejadian ‘ngeri’ apabila seorang wanita yang sedang hamil 6 bulan nyaris dihentam tayar ‘terbang’ ketika membonceng sebuah motosikal.

Aik, dari mana pulak datangnya tayar tu?

Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah jalan Prauchup Kiri Khan, Selatan Thailand pada 3 Disember yang lalu.

Sedang tunggu di tepi jalan

Memetik laporan , wanita itu dikatakan sedang membonceng motosikal bersama pasangannya sewaktu mereka berada di tepi jalan dan menunggu peluang untuk masuk ke jalan utama. Namun, secara tiba-tiba muncul pula sebuah tayar yang melantun ‘terbang’ ke arah mereka berdua.


Pantas ‘terjun’ motosikal

Tindakan refleks sepantas kilat wanita itu akhirnya berjaya menyelamatkan nyawanya apabila dia terus ‘terjun’ dari motosikal tersebut dan berjaya mengelakkan diri daripada dihentam tayar ‘gergasi’ berkenaan manakala pasangannya itu pula sempat membongkokkan dirinya.


Kejadian itu berjaya dirakam menerusi rakaman dashcam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan tersebut dan laporan polis juga telah dibuat untuk mengesan pemilik kenderaan yang bertanggungjawab dengan insiden tayar ‘terbang’ itu.

Ya Allah, sipi-sipi je nak kena.

Kedua-dua pasangan tersebut walau bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka memutuskan untuk menyelesaikan kes tersebut secara tertutup.

Tayar trak nanas, tercabut secara tiba-tiba

Melalui laporan siasatan, tayar ‘gergasi’ tersebut datangnya dari sebuah trak yang membawa muatan nanas.

Menurut pemilik trak, Khun Nonee, kejadian itu adalah sebuah kemalangan yang tidak disengajakan. Tayar berkenaan dikatakan telah tercabut tanpa disedari olehnya.

Itu tayar trak saya yang membawa muatan buah nanas, tapi itu adalah satu kemalangan. Ia (tayar) secara tiba-tiba tercabut tanpa saya sedari. Saya pun tak tahu puncanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment on "Wanlta H4mil Sempat ‘Terjvn’ Dari Motosikal, Nyarls Dihntam Tayar Trak Melantun"

  1. Im grateful for the article. Thanks Again. Really Cool. Ellette Klement Xenia

Leave a comment

Your email address will not be published.


*