Kenali Siapa Isha Norsham Yang Tak Minat Dengan Lelaki Melayu

Namanya masih baru lagi dalam industri hiburan tanah air, pengacara Isha Norsham lebih dikenali menerusi rancangan Astro Gempak TV. Namun, namanya menjadi perhatian ramai apabila kisah mengenainya disiarkan di satu akhbar baru-baru ini.

Apa yang menjadi bualan ramai gadis berkulit hitam manis itu tidak berminat untuk menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Melayu dan lebih memilih lelaki berasal dari Korea.

Mengakui masih solo, gadis berusia 24 tahun itu juga turut memberitahu ciri-ciri lelaki idamannya perlulah mempunyai ketinggian 180cm ke atas.

Dek kerana terlalu minat dengan aktor dari Korea, Lee Min Ho, Isha berkata dia impikan lelaki serta pasangan yang mempunyai ciri-ciri fizikal sama seperti aktor tersebut.

“Ciri-ciri terpenting untuk menjadi pasangan saya ialah harus mempunyai ketinggian 180cm ke atas. Kini saya memang sedang cari lelaki yang mempunyai kriteria tersebut untuk dijadikan suami. Syarat ini saya tetapkan kerana saya sukakan Lee Minho,” katanya.

Berasal dari Perlis, Isha pernah menjadi penari dan terlibat dalam program Astro On Air. Gadis ini juga dikenali di TikTok dengan 57,000 pengikut kerana pernah viral selepas melakukan #anysongchallenge

Berikut sedikit info mengenai Isha

Adakah Isha mampu mencari jodoh lelaki Korea? Dan lelaki Korea yang manakah bakal tertawan dengan Isha? Kita tunggu dan lihat saja, adakah jodohnya kuat dengan orang Korea?

Kebetulan pula, sekarang ini pasangan pengacara yang juga pelakon, Hun Haqeem ada persis lelaki Korea. Takkan Isha tak minat kot?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Trending Sangat

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kenali Siapa Isha Norsham Yang Tak Minat Dengan Lelaki Melayu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*