Pegawai Ugvt Tah4nan Serah “RM20 Juta”, SPRM Buat Lap0ran P0lis

MALAYSIA: PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung dakwaan pegawainya melakukan ugutan terhadap seorang individu yang disiasat berkaitan Macau Scam.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan polis yang dibuat pegawainya hari ini bagi menafikan tohmahan tersebut dan menggesa polis menjalankan siasatan.

“Pengurusan tertinggi SPRM memandang serius tohmahan itu,” katanya.

Menurutnya, berkenaan membuat laporan polis berhubung perkara itu selepas dua bulan dia dilepaskan daripada tahanan reman SPRM.

“Salinan laporan tersebut pula telah ditularkan oleh pihak tertentu sekali gus mencemarkan nama baik SPRM.

“SPRM tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya dakwaan tersebut benar dilakukan oleh pegawai SPRM, namun jika laporan tersebut palsu maka individu tersebut perlu dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Terdahulu akhbar tempatan melaporkan pengusaha vape diugut seorang lelaki bergelar Datuk dan seorang pegawai SPRM.

Ketika berada dalam tahanan, pegawai SPRM didakwa mengugut untuk menahan reman ibunya jika enggan mengaku terbabit dengan Macau Scam dan Addy Kanna.

Ketika disoal siasat, individu bergelar Datuk itu dikatakan mengugutnya supaya menyerahkan tiga kenderaan dan wang tunai sebanyak RM20 juta serta berkongsi hasil perniagaan kilang perabot milik mangsa.

SPRM buat laporan polis nafi ugut usahawan vape

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang usahawan rokok elektronik (vape) yang mendakwa pegawainya melakukan peras ugut ketika siasatan berkaitan kes Macau Scam, pada awal Oktober lalu.

SPRM dalam satu kenyataannya hari ini, memaklumkan pengurusan tertinggi SPRM memandang serius tohmahan berkenaan yang sekali gus mencemarkan nama baik suruhanjaya berkenaan.

“Individu terbabit sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu selepas dua bulan dia dilepaskan daripada tahanan reman SPRM, dan salinan laporan berkenaan pula ditularkan oleh pihak tertentu sekali gus mencemarkan imej SPRM.

“Sehubungan itu, seorang pegawai SPRM telah membuat aduan rasmi kepada polis hari ini bagi menafikan tohmahan individu berkenaan dan menggesa polis untuk menjalankan siasatan berhubung laporan palsu itu,” katanya.

SPRM berkata, pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya dakwaan itu benar dilakukan oleh pegawainya, namun sekiranya laporan itu palsu, individu terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan.

Ahad lalu, usahawan vape berusia 32 tahun itu membuat laporan polis mendakwa dirinya diperas ugut semasa ditahan oleh beberapa pegawai kanan SPRM dan seorang lelaki bergelar Datuk.

Usahawan itu sebelum ini ditahan pada 1 Oktober lalu di rumahnya di Wangsa Melawati, oleh sepasukan pegawai SPRM selepas disyaki mempunyai kaitan dengan siasatan kes Macau Scam dan pengubahan wang haram membabitkan Addy Kanna dan Alvin Goh, yang pada masa ini sedang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mengesahkan menerima laporan polis dari kedua-dua pihak dan siasatan lanjut sedang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:My sumber

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pegawai Ugvt Tah4nan Serah “RM20 Juta”, SPRM Buat Lap0ran P0lis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*