Kongsi Foto Zahirah MacWilson S4rat Hamll, Netizen Nasihatkan Aiman Hakim Ridza Jaga Avrat Isteri

Pelakon Aiman Hakim Ridza mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi sekeping foto isterinya, aktres Zahirah MacWilson yang sedang sarat hamil.

Menerusi laman sosial Instagram, Aiman memuat naik sekeping foto Zahirah sedang berdiri menikmati cahaya matahari di tepi pantai.

“Dalam masa satu saat, matahari kita mampu menghasilkan tenaga yang cukup untuk keperluan seluruh isi alam untuk 500,000 tahun, tetapi tidak terbanding dengan tenaga kegembiraan untuk setiap saat yang tinggal sebelum kami melihat awak,” tulis Aiman sebagai kapsyen.

Menerusi foto tersebut, Zahirah mengenakan singlet, seluar pendek lengkap bertopi dan berkasut sukan seperti sedang beriadah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aiman Hakim Ridza (@aimanhakimridza)

Namun, sosok tubuhnya yang sedang sarat itu membuatkan ramai netizen prihatin dan memberikan nasihat pada aurat yang terdedah kepada tatapan umum itu.

“Sebenarnya tak bagus bila awak sebagai suami berkongsi foto isteri macam ni,” tegur seorang wargamaya.

“Rasa tak payah la duk tayang aurat isteri,” kata seorang wargamaya.

“Beranak tu umpama bertarung nyawa. Banyakkan la beristigfar. Jangan la tayang aurat bini,” komen seorang wargamaya lagi.

“Aiman, privasikan gambar tu,” pesan seorang wargamaya lagi.

Ramai juga wargamaya yang mengambil kesempatan meninggalkan komen yang positif agar proses bersalin Zahirah kelak dipermudahkan.

Malah, ada yang sudah tidak sabar untuk menatap wajah comel anak sulung pasangan bahagia ini yang masih dirahsiakan jantinanya.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 60,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Hujung Oktober lalu, Aiman dan Zahirah terbang pulang ke Perth, Australia bagi melahirkan anak sulung mereka di sana.

Sekadar info, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kongsi Foto Zahirah MacWilson S4rat Hamll, Netizen Nasihatkan Aiman Hakim Ridza Jaga Avrat Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*