Tahniah Sam Bunkface Akhirnya Tamatkan Zaman Dvda. Ini Identiti Isteri Baru Dia

” Sama cantik sama padan, hellokk..cantik sekali isteri Sam ni, tahniah Sam dan Puteri!”

Demikian antara komen warganet yang mengucapkan tahniah kepada penyanyi Sam Bunkface yang berkongsi berita gembira apabila memaklumkan bahawa dirinya sudah selamat mengakhiri zaman duda.

Pengumuman itu dibuat Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd. Baharom, 32, menerusi satu entri di Instagram.

” Salam Jumaat semua. Di sini Sam ingin kongsi yang Sam sudah menikahi Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi.

” Doakan yang baik-baik untuk kami. Alhamdulillah,” tulisnya.

Dalam entri tersebut, Sam turut berkongsi beberapa keping foto perkahwinan dirinya.

Bagaimanapun, butiran mengenai perkahwinan itu tidak didedahkan.

Sementara itu, usaha Gempak menghubungi Sam sendiri gagal apabila panggilan telefon tidak berjawab sehingga artikel ini ditulis.

Sebelum ini Sam pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit rancangan, Aida Azira Hussin pada 25 April 2015.

Bagaimanapun, pasangan tersebut bercrai pada Januari 2019.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Sam mempunyai seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia tiga tahun.

Siapa Puteri Eifa Ezrin

Sementara itu menerusi carian, isteri Sam, Puteri Eifa Ezrin Binti Mohd Kushairi bukanlah seorang artis tetapi bertugas sebagai Eksekutif Pengurusan Acara di Media Prima Berhad (MPB).

Berusian 26 tahun, Puteri Eifa Ezrin juga adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) dalam bidang Komunikasi Korporat dari Universiti Selangor (Unisel).

Dalam laporan Harian Metro pada Februari lalu, Sam mengakui dia dalam proses mengenal hati budi seorang wanita.

” Memang dialah wanita yang dimaksudkan itu. Namun, apa yang boleh saya kata setakat ini hubungan kami adalah teman rapat.

” Kami sudah berkenalan sejak beberapa bulan lalu dan dia (Eifa) diperkenalkan oleh rakan saya yang juga pengurus Bunkface, Farriz.

” Untuk bercerita lanjut status hubungan kami, masih terlalu awal dan saya mohon doakan yang baik-baik buat kami,” demikian kata-kata Sam ketika itu, siapa sangka 10 bulan kemudian mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Terdahulu, Sam yang juga abang pelakon Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan Aida Azira Hussin pada 25 April 2012 dan mereka sah bercrai sekitar Januari, tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia empat tahun.

Vokalis kumpulan Bunkface itu turut memberitahu hubungan dia dan bekas isterinya masih baik dan mereka tidak mempunyai masalah dalam penjagaan anak.

Sam dilahirkan di England namun sejak umur lima tahun beliau kembali ke Malaysia dan menetap serta membesar di Klang, Selangor. Beliau adalah anak kacukan British (sebelah ibu) dan Melayu (bapa).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:http://limauais.pw/

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tahniah Sam Bunkface Akhirnya Tamatkan Zaman Dvda. Ini Identiti Isteri Baru Dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*