Siti Nurhaliza Bakal Tmang Bayl Lelaki, N4k Bagi Nama Awalan Huruf ‘A ‘

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki menerusi kehamilan keduanya ini.

Pengumuman jantina bayi itu dibuat secara langsung menerusi sesi live Love With Datuk Seri Siti Nurhaliza di aplikasi Shopee yang turut ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa.

Dalam sesi live itu juga, suaminya turut memaklumkan bayi berkenaan akan diberikan nama dengan awalan huruf A.

“Semua anak lelaki (saya ) bermula dengan Muhammad. Nanti di awalnya selepas itu huruf ‘A’ lah,” katanya.

Dalam pada itu, Siti memberitahu dirinya kini tidak boleh lagi mengambil makanan yang pedas seperti kebiasaan.

“Saya tak adalah nak mengidam makan makanan yang bukan-bukan atau yang susah nak dapat. Cuma, perbezan paling ketara yang saya rasa sebelum dan semasa hamil ini, saya dah tak boleh makan pedas.

“Walhal sebelum ini, saya suka sangat makan makanan pedas. Bila mengandung ini, tak boleh pula.

Jadi, bila makan itu rasa tak puas. Bilik tanya nak makan apa..hanya makan sup sahaja,” katanya.
Terdahulu, Siti Nurhaliza mengumumkan hamil empat bulan selepas sekali lagi menjalani rawatan IVF untuk kehamilan keduanya.

Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata sulung Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Sebagai info Siti Aafiyah merupakan cahaya matanya yang lahir pada 19 Mac 2018 hasil persenyawaan in-vitro (IVF).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Siti Nurhaliza Bakal Tmang Bayl Lelaki, N4k Bagi Nama Awalan Huruf ‘A ‘"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*