Ibu 4 Ank Men4gih Simpati Ramai Utk Tiket Pulang ke Kampung?

Perkongsian terbaru cikgu Mohd Fadli Salleh, seorang aktivis masyarakat yang giat membantu golongan kurang berkemampuan sekali lagi mendapat perhatian ramai.

Menerusi catatan di Facebook, cikgu Fadli berkongsi kisah seorang ibu 4 anak menagih simpati orang ramai untuk pulang ke kampung.

” Mendapat berita seorang ibu bersama 4 anak duduk menagih simpati orang ramai untuk tiket balik ke kampung di laluan LRT UTC Puduraya.

” Petang ini terus ke sana untuk mendapatkan kisah sebenar. Kisah anak-anak Chow Kit, mereka yang terperangkap di bandar dosa ini kadangkala diluar pemikiran kita.

” Banyak pihak berputus asa untuk membantu golongan sebegini sebab itu jalan mereka pilih. Ditunjuk jalan keluar, mereka tetap kembali ke tempat sama.

” Namun keluarga ini aku dapat rasa perbezaan. Ada semangat baru dari ibu anak 5 ini. Dia cuma tak tahu bagaimana untuk keluar dari tempat ini.

” Anak sulung perempuan usia 13 tahun tinggal di Rumah Bonda. Di selamatkan oleh Kak Zurianty bulan 7 tahun lepas.

” Langkah pertama aku ambil ialah bawa mereka ke bilik sewa semula. Bilik yang dihalau sejak dua bulan lepas. Barang mereka masih ada di sini.

” Anak-anak kecil itu perlu tempat tinggal. Kasihan sangat anak-anak semua cantik dan elok belaka.

” Tidak boleh lagi berada dijalanan meminta simpati orang untuk sesuap makan. Jika ada duit lebih, dapat la sewa bilik murah untuk bermalam. Jika tidak, ke Anjung Singgah tempat gelandangan tidur.

” Esoknya berputar rutin yang sama.

” Tidak boleh selamanya begini. Anak-anak makin besar, ibu makin menua.

” Dia bersetuju untuk ubah kehidupan cuma tak tahu macamana nak bermula. Dia nak sangat keluar dari kota d0sa ini, namun tiada yang nak mengheretnya.

” Langkah pertama aku nak pastikan mereka ada tempat tinggal dulu untuk sementara. Langkah seterusnya aku contact Ustaz Ishak, team penjejak asnaf Baitulmal MAIWP tanya apa mereka boleh bantu.

” Ustaz Ishak dalam perjalanan ke mari saat aku menulis status ini.

” Kami akan bincang dan cari jalan, cari peluang pekerjaan baru, keluar dari kota dosa ini agar anak-anak ini dapat kehidupan yang lebih baik.

” Namun sekiranya peluang ini pun mereka sia-siakan, aku akan berlepas tangan.

” Sama-sama kita doakan mereka dapat keluar dari neraka kota ini ya. Update seterusnya aku up tengah malam nanti.” akhiri Cikgu Fadli.

Sementara itu menerusi ruangan komen, ada yang memberi cadangan supaya wanita terbabit dihantar pulang sahaja ke kampung ibunya.

Bagaimanapun, cikgu Fadli membalas perkara itu sudah difikirkan pihaknya namun tidak dapat dilaksanakan atas beberapa kekangan.

Nombor akaun : 564221646925

Bank : Maybank

Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Sumber:FB Mohd Fadli Salleh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:https://www.asiakini.com/

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Ibu 4 Ank Men4gih Simpati Ramai Utk Tiket Pulang ke Kampung?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*