‘Kembar’ Dipenj4ra 10 Tahun, Pegvam Minta Angelina Jolie Tampil Bersuara

Instafamous Iran, Sahar Tabar atau nama sebenarnya Fatemah Khishvand dilaporkan sedang menjalani hukuman penjara, lapor Daily Star.

Tabar yang mempunyai 486,000 pengikut di Instagram menjadi sebutan kerana melakukan puluhan pembedahan plastik hanya kerana mahu kelihatan seperti pelakon Hollywood, Angelina Jolie.

Kredit foto: Daily Mail

Terdahulu, gadis berasal dari Tehran itu ditangkap pada Oktober 2019 atas tuduhan menghasut ke arah keganasan.

Laporan awal mengatakan dia menghadapi hukuman penjara antara tiga bulan dan dua tahun kerana suntingan berlebihan ke atas gambar-gambarnya.

Tetapi, peguamnya kini mendakwa bahawa wanita itu telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, lapor MailOnline.

Media itu memetik wartawan Iran, Masih Alinejad sebagai sumber yang mengatakan bahawa perkara itu diberitahu oleh peguam Tabar.

“Penjara 10 tahun untuk Instagramer Iran yang menggunakan solekan dan suntingan untuk menjadi Angelina Jolie.

“Sahar Tabar baru berusia 19 tahun. Ibunya menangis setiap hari untuk membebaskan anak perempuannya yang tidak bersalah. Angelina Jolie, kami memerlukan suara anda di sini. Tolong kami,” tulis Alinejad di Twitter.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Kembar’ Dipenj4ra 10 Tahun, Pegvam Minta Angelina Jolie Tampil Bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*