“Terlalu Rindu Papa”Marissa Rela Datang Surprisekan Norman Hakim

Umum sedia maklum bahawa keluarga besar pelakon Norman Hakim sememangnya meriah apabila dia dan bekas isteri iaitu Abby Abadi tidak pernah memutuskan hubungan kekeluargaan sehingga masing-masing kekal akrab.

Aktor bertubuh sasa itu juga tidak lokek berkongsi momen-momen bahagia bersama anak-anak yang sudah meningkat dewasa dan pastinya hubungan mereka sangat rapat.

bapa di set pengambaran

Menerusi satu perkongsian terbarunya di Instagram, pelakon berusia 44 tahun itu telah memuat naik satu video kejutan daripada anak gadisnya Marissa Dania Hakim apabila hadir ke set pengambaran secara senyap-senyap untuk bertemu dengannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786)

Pura-pura hantar air

Dalam video tersebut, jelas kelihatan Marissa yang memakai pelitup mulut berpura-pura menghantar air kepada bapanya yang sedang melakukan perbincangan semasa sedang menjalani pengambaran drama The Maid.

Tidak lama selepas itu, Norman Hakim perasan akan kehadiran anaknya dan terus memeluk dan mencium dahi puteri tersayang.

Tetibe rasa terharu tengok video ni

Situasi tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata berasa terharu melihat momen dua beranak ini yang terlihat sangat akrab.

Mereka juga berasa ‘cemburu’ melihat hubungan bapa dan anak gadisnya yang sangat dekat sehingga Marissa menitiskan air mata kerana merindui bapanya.

Sweetnya anak & papa

Mesti sebak kalau Marissa nak kahwin nanti

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:OMM

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Terlalu Rindu Papa”Marissa Rela Datang Surprisekan Norman Hakim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*