“Aku Pun Menangls Sekali” Peniaga Bundle Menangls Waktu Bvat ‘Live’ Jualan, Ada Orang ‘Sapu’ Beli Semua RM3,000

Ramai yang terkesan kerana Covid-19 pada tahun ini terpaksa mengambil inisiatif lain untuk mencari sumber pendapatan. Ada antara mereka yang memulakan bisnes kecil-kecilan dan sudah semestinya kebanyakannya menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan produk masing-masing.

Selain itu, ada juga yang terpaksa menjual barangan atau koleksi peribadi mereka kerana memerlukan wang. Seperti seorang lelaki yang menjual koleksi peribadinya melalui live di Facebook baru-baru ini.

Sumber: Facebook

Kisah Niyyar Bakri dari Sabah ini mendapat perhatian selepas rakannya berkongsi di Facebook baru-baru ini di mana dia dilihat menangis ketika sesi live tersebut kerana tidak menyangka ada seorang individu membeli koleksi barangan jenama Adidas miliknya sekaligus berharga RM3,000!

Selama dia menjual tak pernah terjual barangannya RM3k. Dia cerita barang itu dia simpan dan kumpul sudah lama, akhirnya subuh tadi terjual semua (koleksi) Adidas miliknya.”

Melalui video itu, boleh dilihat seorang individu bernama Stella May Robert J Spisol memberitahu yang dia mahu membeli kesemua koleksi milik Niyyar itu.

Sumber: Facebook

Ketika live itu, Niyyar yang juga merupakan seorang anak yatim piatu berkata dia menangis kerana tidak sangka akan terjual kesemua koleksi yang sudah disimpan lama.

Disebabkan sudah lama disimpan, dia sendiri tidak sangka akan ada orang yang mahu membeli barangannya itu. Sambil bercakap, Niyyar tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika sesi jualan live tersebut.

Ramai penonton ketika itu memberi komen dan berkata mereka turut sama berasa sebak melihat Niyyar menangis.

“Semua org syg sma kamu niyyar . Berusaha jak selagi mampu , jangan pernah dongakkan diri bila sda trbiasa dengan kehidupan yg mewah kelak.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Aku Pun Menangls Sekali” Peniaga Bundle Menangls Waktu Bvat ‘Live’ Jualan, Ada Orang ‘Sapu’ Beli Semua RM3,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*