Bayl Baru Lahlr Gengg4m Al@t Cegah Kehamllan Yang Digvnakan Ibu

Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan di Vietnam dilihat memegang gegelung kontraseptif yang digunakan ibunya untuk mencegah kehamilan.

Ibu kepada bayi berkenaan yang berusia 34 tahun dikatakan menggunakan perancang keluarga IUD kira-kira dua tahun lalu, namun ia didakwa keluar bersama bayi tersebut ketika dia dilahirkan.

Menurut pakar obstetrik, Tran Viet Phuong di Hi Phong International Hospital, beliau sama sekali tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar unik tersebut.

Tambah pakar itu lagi, IUD tersebut mungkin gagal untuk mencegah kehamilan wanita itu dan ia dibawa bersama bayi lelakinya selepas dilahirkan.

Ibu bayi berkenaan sebelum ini sudah mempunyai dua orang anak dan berniat mahu merancang kehamilan, namun rezeki menyebelahinya apabila selamat melahirkan bayi seberat 3.2 kilogram ini.

Alat IUD yang dimasukkan ke dalam uterus wanita berfungsi untuk melepaskan tembaga atau hormon bagi mengelakkan sperma daripada bersenyawa dengan telur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:CARI

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Bayl Baru Lahlr Gengg4m Al@t Cegah Kehamllan Yang Digvnakan Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*