Kem4tian Pertama Pekerja T0p Glove, Peng4wal Keselamtan Dilap0rkan Mennggal Dvnia Aklbat Covid-19

Syarikat Top Glove mengesahkan seorang pekerjanya meninggal dunia akibat Covid-19, sekaligus menjadikan ia kematian pertama dilaporkan membabitkan mereka setakat ini.

Menurut FMT, pekerja yang meninggal dunia itu dikenal pasti sebagai Yamnarayan Chaudhary, seorang pengawal keselamatan warga Nepal. Mangsa yang disahkan meninggal dunia pada Sabtu lepas di Hospital Sungai Buloh itu telah bekerja di kilang Top Glove F13 di Meru, Klang sejak 2 tahun lalu.

Top Glove bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga dan orang tersayang si mati dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk urusan pengebumian Encik Tharu,”

kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada pihak FMT.

Sumber: FMT

Selain itu, pampasan akan diberi kepada keuarga terdekat bagi meringankan beban kewangan mereka.”

Top Glove berkata ia adalah kematian pertama disebabkan Covid-19 dalam kalangan pekerja mereka dan perkara itu telah pun dilaporkan kepada Jabatan Sumber Manusia.

Minggu lepas, pengerusi Top Glove Lim Wee Chai mendedahkan lebih 5,000 orang pekerja mereka disahkan positif namun telah discaj dan sihat untuk kembali bekerja.

Terdahulu, kerajaan telah mengarahkan Top Glove menutup sementara 28 kilangnya di Meru disebabkan peningkatan jangkitan dalam kalangan pekerja mereka.

Bagaimanapun, terdapat pendedahan di mana beberapa kilang tidak ditutup dan masih beroperasi dengan kapasiti yang lebih rendah.

Setakat ini, terdapat 5,450 kes berkait kluster Teratai dan kebanyakannya membabitkan pekerja kilang Top Glove di Meru, Klang yang menjadi pusat kluster itu di Selangor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kem4tian Pertama Pekerja T0p Glove, Peng4wal Keselamtan Dilap0rkan Mennggal Dvnia Aklbat Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*