“Mahukan Isteri Seperti Saya?”Pengakuan Mira Filzah

Boleh dikatakan ramai lelaki diluar sana termasuk mengimpikan wanita seperti Mira Filzah dijadikan sebagai isteri. Malah, Mira turut menjadi penanda aras kebanyakan lelaki yang mahu mencari calon isteri.

Bagaimanapun, Mira berkata apa yang mereka lihat itu hanyalah daripada luaran dan tidak mengenalinya secara peribadi.

“Jika ada lelaki menjadikan saya sebagai penanda aras dalam mencari isteri, terpulanglah kepada mereka. Setiap orang ada pandangan berdasarkan apa yang mereka rasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

“Apa yang mereka lihat itu hanyalah daripada luaran. Mereka bukan kenal saya secara peribadi, hanya dalam televisyen atau media sosial. Iyalah, apa yang saya tunjuk kepada orang luar bukan seratus peratus diri saya sebenar,” katanya kepada Utusan Online.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Mira memberitahu lelaki diluar sana melihatnya seorang yang lemah lembut membuatkan dirinya mempunyai ciri-ciri yang dicari untuk dijadikan isteri tetapi dia sebenarnya seorang yang sangat tegas dan garrang.

“Hakikatnya, saya sebenarnya seorang yang tegas, gar4ng, suka berdikari dan komited dengan kerja. Di sebalik orang nampak saya lembut, saya sebenarnya ada pendirian yang kuat dan tidak boleh diperkotak-katikkan.

“Namun, kalau ada lelaki yang mahukan seorang isteri yang punya ciri-ciri seperti saya, saya doakan semoga mereka dikurniakan isteri solehah yang baik luar dan dalam,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Mahukan Isteri Seperti Saya?”Pengakuan Mira Filzah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*