Mengakv Bers4lah Cvri Makanan Di Pasaraya, Ibu Jelita Dipenj@ra Sehari Dan Didenda RM1,200

Seorang wanita berusia 38 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, atas pertuduhan mencuri beberapa minuman dan makanan di sebuah pasar raya di Bandaraya Melaka, September lalu.

Tertuduh, Zalifah Salleh, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamad Noh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga suri rumah itu didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2 petang di pusat beli-belah di Bandaraya Melaka, Jalan Panglima Awang, 30 September 2020.

Antara makanan yang dicuri adalah dua kotak kopi jenama Starbucks, satu botol Nuttela 680 gram, dua bungkus sushi, empat kotak susu UHT Dutch Lady, satu botol Ribena Mobile dan dua tin biksut coklat Amore.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Pendakwa Raya, Raudhah Mazman, meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadasp tertuduh sebagai pengajaran.

Namun, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu merayu mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membuat pembayaran ketika kejadian itu berlaku.

Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, Majistret Mohamad Izwan menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,200 kerana didapati dengan niat curang mencuri tanpa membuat sebarang pembayaran barangan bernilai RM161.10 kepunyaan juruwang Siti Rahmah Muhamad Salih, 30.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:MU

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Mengakv Bers4lah Cvri Makanan Di Pasaraya, Ibu Jelita Dipenj@ra Sehari Dan Didenda RM1,200"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*