“Saya Nak Makan Dengan Mak Dan Rehat Dulu” Da’i Syed

Selepas 19 hari menjalani tahanan reman di lokap termasuk di pusat tahanan sementara, pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful akhirnya dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak Rm35,0000.

Nak lepas rindu bersama keluarga

Sebaik saja dibebasakan, pendakwah selebriti berkenaan meluahkan hasrat ingin berjumpa dengan mak serta ahli keluarga dahulu disamping ingin berehat serta bertenang.

“Saya nak makan dulu dengan mak dan ahli keluarga, nak duduk rehat dulu, bertenang, lepaskan rindu dengan keluarga dahulu.”

Katanya, dia memerlukan ruang untuk menenangkan diri selepas melalui pelbagai keadaan sejak ditahan reman sehingga dituduh di mahkamah.

Reda dengan ujian

Menurutnya lagi, sepanjang ditahan dia sering termenung dan sentiasa bertanya atas dugaan yang diberikan namun tetap reda dengan ketentuan Allah.

“Saya hanya berdoa semoga dipermudahkan urusan, sebaik-baik manusia adalah orang yang meminta maaf manakala yang terbaik pula yang memaafkan. Saya memaafkan mereka mengutuk, Saya reda dengan ketentuan ujian, inilah penutupan tahun 2020,” katanya.

Sempat bertanya mengenai gelaran Da’i yang diterima menerusi sebuah program realiti keagamaan, Syed Shah Iqmal menyatakan bahawa ia adalah sekadar gelaran sahaja dan tidak menjadi masalah sekiranya gelaran itu dilucutkan.

Terdahulu, Syed Shah Iqmal hadir di dua mahkamah iaitu Shah Alam dan Petaling Jaya bagi proses jaminan termasuk dihadiri kedua-dua penjaminnya. Semalam kedua-dua penjamin itu telah selesai membayar kesemua wang ikat jamin RM35,000. Turut hadir peguam yang mewakilinya Syed Amirul Syed Edros.

Sebelum ini, Syed Shah Iqmal dikatakan gagal membayar jaminan yang ditetapkan menyebabkan dia terpaksa ‘menginap’ selama lima hari di Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Kosmo Online

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Nak Makan Dengan Mak Dan Rehat Dulu” Da’i Syed"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*