Sejak Kecil Rajin Ke Dapur, Aksi Masak Cmpak Cmpak Sambil Tersenyum Bikin H4ti Lvluh..

AKSI bersahaja jejaka ini memasak sambil tersenyum ternyata mengundang perhatian ramai.

Selain Facebook dan Instagram, Mohd Shafiq Zulkarnain, 28, turut berkongsi video-video masakan ringkas menerusi aplikasi TikTok.

Bercakap kepada mStar, penjawat awam yang bertugas di ibu negara itu mengakui sudah meminati bidang masakan sejak di bangku sekolah rendah lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah la kacak, memasak pun handal! Pelajar UiTM ini buat para gadis tak senang duduk – “Kenyit mata tu paling style”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak lelaki salah pilih periuk merebus telur, sikap si ibu buat ramai tak senang duduk – “Dah besar tak pandai masak marahnya bukan main lagi”

“Saya bukan tukang masak, ia sekadar hobi. Saya suka kongsi dengan orang cara memasak yang mudah, khususnya untuk orang bujang.

“Apa yang saya tunjukkan biasanya masakan yang boleh dibuat dengan bahan-bahan yang ada di rumah. Campak-campak je.

Shafiq mula belajar memasak sejak kecil lagi.

“Memang dari kecil diajar memasak dan berdikari. Sewaktu saya usia 10 tahun, ayah jatuh sakit. Mak pula keluar bekerja, jadi saya kena masak sendiri. Mak ajar saya memasak,” ujarnya.

Dengan ilmu itu, dia dengan sendiri meneroka bakat yang ada sehingga mampu menghasilkan pelbagai resepi.

Ujar Shafiq, sambal garing hasil air tangannya cukup digemari rakan-rakan sehingga ada yang meminta untuk membelinya.

Saya juga terima mesej yang nak kenalkan saya dengan anak mereka, kakak mereka dan sebagainya.

“Paling disukai sambal garing saya. Saya buat dan bagi pada kawan-kawan pejabat, ada pula yang minta supaya dijual.

“Walaupun jual, saya tetap tak lokek kongsi resipi sambal tu dengan mereka. Saya banyak hasilkan lauk-pauk kampung.

“Antaranya asam pedas. Kek buah dan biskut pun saya buat. Masa raya hari tu, saya buat dalam 20 jenis biskut,” ujarnya yang bekerja sebagai Pegawai Sains DNA Forensik.

Selain aneka juadah yang mudah, video yang dikongsi jejaka berasal dari Melaka itu turut mencuri tumpuan ramai kerana paras rupanya.

Ada segelintir pelayar media sosial turut mengusik mengenai rupa paras dan status dirinya.

Kata Shafiq, dia tidak terlepas menerima usikan manja yang bertanyakan mengenai status dirinya.

“Ada yang puji paras rupa, kata saya ada pakej lengkap sebab boleh memasak.

“Saya juga terima mesej-mesej yang nak kenalkan saya dengan anak mereka, kakak mereka dan sebagainya.

“Saya juga tak terlepas menerima kecaman. Ada yang tegur sebab memasak pakai seluar pendek. Ada pula yang tegur sebab saya tak pakai sarung tangan.

“Tapi saya ambil kecaman dari sudut positif, saya tak ambil hati,” ujarnya yang masih bujang.

Dalam pada itu, Shafiq juga sering ditanya mengenai petua awet muda memandangkan wajahnya kelihatan persis seorang remaja biarpun usia sebenarnya menghampiri angka 30.

“Tak ada rahsia. Saya jalani kehidupan dengan gembira dan ceria. Saya suka senyum. Itu sahaja amalan saya.

“Sewaktu masak pun saya suka senyum sambil pandang kamera,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Sejak Kecil Rajin Ke Dapur, Aksi Masak Cmpak Cmpak Sambil Tersenyum Bikin H4ti Lvluh.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*