Wan1ta Rusia T0lak Cinta Lelaki Untuk Kahwin Dengan Beg Bimbit

“Saya bukan menolak cinta dengan manusia tapi rasa cinta kepada benda tak bernyawa ebih banyak.”

Yang aneh-aneh sahaja.

Seorang wanita mengahwini sebuah beg bimbit selepas setelah bercinta selama lima tahun di ibu kota Rusia.

Menurut Mirror UK, Rain Gordon, 24 berkata, dia pertama kali bertemu ‘suaminya’ yang diberi nama Gideon itu pada Ogos 2015. Rain membeli Gideon di sebuah kedai perkakasan sebagai perhia-san untuk sesi fotografi.

Kredit foto: Caters

“Namun, lama-kelamaan saya jatuh cinta dengan Gideon. Kami mula bercinta pada November 2015 sebelum berkahwin Jun tahun ini.”

Baginya, Gideon bukan sekadar pasangan tetapi adalah suami, kawan dan mentor.

Kredit foto: Caters

Malahan Rain menceritakan yang dia mula tertarik kepada benda tidak bernyawa sejak berumur lapan tahun lagi. Lebih mengejutkan ialah dia mempercayai bahawa setiap benda mempunyai roh.

“Ketika di usia kanak-kanak dan remaja, saya jatuh cinta dengan tempat seperti pusat beli-belah yang baru dibuka.Memang pelik, sebab itu saya tak mendedahkan pera-saan kepada sesiapa pun.”

Tambah Rain, dia pernah menjalin hubungan dengan seorang lelaki selama dua tahun, namun mereka akhirnya berpisah pada tahun 2017.

Kredit foto: Caters

Mujurlah di Malaysia, kita belum bertemu perkahwinan yang sebegini. Atau sebenarnya ada, cuma tidak diuar-uarkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Wan1ta Rusia T0lak Cinta Lelaki Untuk Kahwin Dengan Beg Bimbit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*