10 Tahun Kahwln, Irwansyah Ded4h Isteri Selalv Minta Cera1

Usia perkahwinan sudah mencecah 10 tahun, pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Irwansyah mengakui dia dan isteri, Zaskia Sungkar juga sama seperti pasangan lain tidak terlepas daripada pelbagai cabaran sepanjang melayari alam perkahwinan.

Irwansyah berkata mereka sering bergaduh dan isterinya bersikap seperti kanak-kanak apabila sering kali meminta untuk berpisah. Bagaimanapun, katanya lagi sikap isterinya kini berubah dan jarang bergaduh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Irwansyah (@irwansyah_15)

“Oh dia childish sangat. Kalau dulu macam budak-budak sangat, kalau gaduh ya kami gaduh. Sekarang Alhamdulillah jarang bergaduh lagi. Selalu dia cakap dengan saya mahu cerai.

“Usia sangat mempengaruhi, dulu masih macam budak-budak. Apa-apa sekarang dah malas nak garuh kerana masalahnya itu-itu sahaja,” katanya.

Berkongsikan perkembangan kandungan sulung mereka, Irwansyah berkata dia dan isteri sudah pun mempersiapkan kelengkapan untuk cahaya mata mereka itu. Ujarnya, mereka kini sedang mengubahsuai bilik untuk anak.

“Teruja sangat tapi untuk beli barang bayi mama yang belikan. Sekarang bilik kami sedang dibesarkan untuk dipersiapkan bilik anak sekali.

“Yang kecoh bukan sebab nak bebelanja tapi masa melihat anak melalui imbasan, itu lebih teruja nak tahu baby buat apa,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Irwansyah (@irwansyah_15)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "10 Tahun Kahwln, Irwansyah Ded4h Isteri Selalv Minta Cera1"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*