‘Semua Ini Sementara…’ Nasihat TMJ Kepada Asyraf Khalid?

Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail atau lebih mesra dipanggil TMJ (Tunku Mahkota Johor) merupakan putera sulung Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

TMJ selalu menarik perhatian kerana sering berk0ngsi kehidupan mewahnya di Instagram. Selain itu, TMJ juga berk0ngsi aktiviti hariannya yang gemar bersukan dan bersenam bersama keluarga.

Sebenarnya, setiap foto-foto dan video yang dimuatnaik di akaun instagram@hrhcrownprinceofjohor telah memberi inspirasi kepada pengikutnya. Dari kereta mewah, pesawat peribadi sehinggalah jam tangan berjenama, gaya hidup TMJ cukup mengagumkan.

TMJ Jadi Inspirasi Buat Asyraf Khalid 

Kehidupan mewah TMJ turut menjadi inspirasi kepada usahawan Asyraf Khalid. Anak tiri Dato Seri Siti Nurhaliza ini dilihat men!nggalkan komen pada salah satu p0sting di Instagram TMJ.  Asyraf berkata, dia bercita-cita untuk menjadi kaya dan berjaya seperti TMJ.

“Style… anda adalah inspirasi bagi saya. Suatu hari, saya ingin menjadi kaya dan berjaya seperti anda, insyaallah”- komen Asyraf kepada TMJ

Tanpa mengambil masa yang lama, TMJ terus membalas komen Asyraf dan memberi nasihat yang menyentuh hati.

“@asyrafkhalid, terima kasih. Semua ini hanya sementara. Kurniaan Allah. Tiada ada mana-mana barang ini pun yang akan mengikuti saya ke kub0r apabila masa (kemat!an) saya sudah tiba.”- ujarnya

“Saya melihat kekayaan saya sebagai ujian dari maha kuasa. Sama ada saya mengingati Allah atau tidak. Adakah saya masih sedekah dan menolong orang miskin? Yang penting adalah tetap bersyukur dan tidak pernah lupa melakukan perbuatan baik. Pada akhirnya wang hanya sekadar kertas. Ketenangan jiwa adalah kunci hidup bahagia. Salam”- balas TMJ yang cukup menyentuh hati semua orang.

Dengan sikap merendah diri inilah TMJ sangat disayangi dan dihormati oleh rakyat. Ciri-ciri kepimpinan, merendah diri, prihatin dan  mesra dengan rakyat menyerlahkan istilah “raja dan rakyat berpisah tiada”.

Bagi mereka yang selalu mengikuti perkembangan TMJ, pasti akan tertarik dengan kisah, cerita dan beberapa perwatakan yang dit0njolkan oleh Baginda. – Sumber & video dipetik dari Murai.my, Instagram HRH Crown Prince Of Johor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:mtv

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Semua Ini Sementara…’ Nasihat TMJ Kepada Asyraf Khalid?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*