“Apa Punya Jij1k Lawak Kau Bvat” Penceramah Tegur Program Komedi

MALAYSIA: Menonton rancangan komedi, jenaka atau lawak merupakan antara aktiviti menarik yang menjadi pilihan sebagai pengisian sewaktu masa terluang seseorang.

Apabila melihat pelawak-pelawak mempersembahkan lakonan mereka di layar televisyen, sudah semestinya membuatkan penonton tidak kering gusi dengan telatah serta kerenah mereka yang mencuit hati.

“Ni apa punya jijik lawak yang kau buat?!”

Baru-baru ini seorang penceramah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi memuat naik sedutan video satu rancangan komedi tanah air memaparkan seorang pelawak terkenal sedang ‘mengukur kelapa’ dengan gaya yang ‘over’.

“Depan audiens? Gelak-gelak? Live? Ditonton seisi keluarga di rumah? Mana akal?,” soalnya.

Dia mengulas adegan lawak ditunjukkan seakan-akan mempunyai unsur luuccah yang boleh menjadi punca kepada kes-kes cabul atau ‘sexxuual haarrasssment’ di luar sana.

Namun begitu, antara balasan yang diterima oleh Akhi Fairuz adalah sangat mengejutkan: ‘Takdek apa pun, apa yang luuccahnya’ atau ‘Alah, rilekslah, melawak je’.

Menerusi posting berkenaan, Akhi menegaskan bahawa alasan seperti itu membuktikan perkara tersebut sudah menjadi ‘basi’ atau normal dalam masyarakat.

Tidak dinafikan lagi, tugas sebagai pelawak bukanlah sesuatu yang mudah kerana sebenarnya memang sukar untuk membuat penonton ketawa. Pelawak harus kreatif mencipta ‘punchline’ yang menarik, sehingga boleh membuatkan penonton terhibur.

Namun begitu, ia tidak bermakna isu ‘luuccah’ boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada lawak demi membuat penonton ketawa, walaupun ia dilihat sebagai topik hngat dalam kalangan masyarakat zaman ini.

Meninjau ke ruangan komen netizen di Instagram pelawak terkenal itu, ada warganet yang menyelitkan komen-komen ‘nakal’ berkenaan adegan yang dipersembahkannya.

Nak parut kelapa pun bernafffssu

Ada letak sabun ke kat mesin parut?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:MYsumber

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Apa Punya Jij1k Lawak Kau Bvat” Penceramah Tegur Program Komedi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*