Mira Filzah Tercalon 100 Wanita Paling Cantik Di Dvnia

Sebaris dengan artis Hollywood, pelakon dan pengacara Mira Filzah telah menerima pencalonan sebagai antara 100 Wanita Tercantik 2020 oleh media bebas antarabangsa, TC Candler.

Lebih menjadi perhatian, Mira antara figura muslimah berhijab yang dipilih menerima pencalonan tersebut selain seorang lagi selebriti media sosial kelahiran Maghribi iaitu Ihssane Benalluch.

Antara nama lain yang turut dicalonkan sebagai wanita tercantik tahun 2020 adalah Billie Eilish, Millie Bobby Brown dan Bella Hadid.

Menerusi perkongsian di Instagram TC Candler, pencalonan Mira Filzah turut mendapat sokongan daripada pengikut media sosial dan para peminatnya apabila menerima hampir 17 ribu tanda like.

Terdahulu, pelakon Fattah Amin menerima pencalonan 100 Lelaki Paling Kacak 2020 yang turut dianjurkan TC Candler

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment on "Mira Filzah Tercalon 100 Wanita Paling Cantik Di Dvnia"

  1. Mira memang layak… dari segi penampilan beliau. Setiap watak drama yang dilakonkan.. dia tetap jaga batas muslimah nya. Tahniah mira.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*