Selalu Tenung Foto Ank Che Ta Sampai ‘Terkenan’

Hampir semua ibu hamil pasti mengimpikan bayi yang comel dan mempunyai kulit yang putih dan cerah, sehingga ada yang sanggup mengambil ‘supplement’ tertentu bagi mencapai impian mereka tersendiri.

Bahkan, ada segelintir ibu percaya jika mereka menenung gambar bayi comel, anak dalam kandungan mereka akan ‘terkenan’ gambar bayi comel dalam gambar tersebut.

Walaupun kepercayaan itu disifatkan sebagai mitos semata-mata, tetapi tidak sangka pula kisah itu terjadi kepada seorang ibu ini.

Menerusi video di aplikasi sosial TikTok miliknya, Nurul Akma sering memaparkan kecomelan anak perempuannya di laman sosial sejak dari bayi lagi yang kini sudah mencecah usia empat tahun.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah wajah anak kecilnya itu yang mirip Aaisyah Dhia Rana, iaitu puteri tunggal kepada pelakon wanita Rozita Che Wan atau lebih mesra digelar Che Ta.

Nurul mendedahkan bahawa rupa-rupanya dia sering mengikuti perkembangan Aaisyah sejak menghamilkan cahaya mata sulungnya yang diberi nama Ayra Maryssa itu. Jadi, kemungkinan secara kebetulan kecomelan Aaisyah terkenan pada anaknya.

Meninjau ke ruangan komen, majoriti warganet memuji kecomelan kanak-kanak berkenaan dan berkongsi pengalaman yang sama. Malah, ada segelintir yang menyangka anaknya itu adalah Aaisyah!

Nak iras2lah.. Comel sangat

Samalah cik Ecahh comel tu

Sampai tak boleh cam mana satu ecah

Kita pula suka tengok Aafiyah… Muka anak pon ada iras

Kecomelan Aaisyah yang berusia enam tahun memang sentiasa menjadi perhatian warganet dengan mempunyai sebanyak 1.5 juta pengikut di Instagram.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:TikTok Nurul Akma

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Selalu Tenung Foto Ank Che Ta Sampai ‘Terkenan’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*