Tonton P0rn0 Dihvkum M@ti? Ini 6 Cara K0rea Utara Kawal Tekn0logi Untuk Rakyat nya

Sebagai negara yang berpegang kepada ideologi sosialisme, K0rea vtara adalah negara yang sangat tegas dalam mengatur kehidupan rakyatnya. Mulai dari peraturan untuk pakaian, pembelian harta, barangan peribadi, akses untuk maklumat, sehinggalah kebenaran untuk ke luar negara.

Sekiranya negara-negara lain menggunakan teknologi untuk memberi kesedaran kepada  bangsa, ia adalah berbeza dengan K0rea Utara. Mereka sebenarnya menggunakannya untuk membataskan pergerakan rakyat. Berikut adalah 6 cara Korea Utara membataskan teknologi kepada rakyatnya. Stay tune guys!

Internet Dan Penggunaannya Sangat Dikawal Oleh Pemerintah

Sekiranya anda fikir bahawa Korea Utara tidak mempunyai akses internet , maka anda silap. Kenyataannya, akses internet meningkat seiring dengan semakin ramai yang membeli telefon pintar. Namun, internet dikawal dan dipantau oleh pemerintah, iaitu sebuah agensi bernama Bureau 27.

“Seluruh infrastruktur dikendalikan oleh kerajaan dan servis keselamatan berkait rapat dengan jaringan telekomunikasi” – Wiiliams, Business Insider

Rakyat Tidak Dibenarkan Berhubung Dengan Orang Dari Negara Lain

Tugas lain Bureau 27 adalah merekrut rakyat Korea Utara yang cuba berkomunikasi dengan orang-orang dari negara lain. Menurut laporan dari Amnesty International, dengan akses ke rangkaian internet dan telefon, ia bukan tugas yang sukar.Rakyat yang tertangkap akan dihukum. Ianya boleh menjadi hukuman penjara atau denda. Lebih-lebih lagi, semua orang di sana saling mengawasi antara satu sama lain. Oleh itu, apabila seseorang melanggar peraturan, rakan, jiran dan saudara mereka akan membuat laporan pada Bureau 27.

Telefon Pintar Yang Digunakan Dilengkapi Dengan Bugging Devices

Korea Utara mengimport telefon pintar murah buatan negara jiran, iaitu China. Selepas itu, mereka akan mengedarkannya di bawah jenama tempatan. Tetapi ianya bukanlah telefon pintar biasa yang diimport.Mereka memasukkan perisian pengintip yang dipanggil sebagai Red Flag yang mana tak akan dapat dikesan oleh pengguna. Perisian ini memantau semua aktiviti dan regular screenshots untuk dihantar ke host computer.

Larangan Wi-Fi Awam Di Korea Utara

Sebagai pemburu Wi-Fi percuma, anda akan menderita jika anda tinggal di Korea Utara. Hal ini kerana negara tersebut mengenakan larangan W-Fi awam. Mengapa ini berlaku?Menurut laporan dari Williams, dahulunya terdapat kedutaan Korea Utara yang menggunakan jaringan tersebut. Hal ini membuatkan orang di sekitarnya mengakses sehingga pemerintah tidak dapat memintas aktiviti mereka di internet.Mereka kemudian melarang penggunaan Wi-Fi awam. Sebagai pertukaran, kerajaan melancarkan rangkaian awam yang disebut Mirae (bermaksud masa depan). Rakyat dapat mengaksesnya menggunakan aplikasi buatan kerajaan.

Mereka Yang Melayari Laman Porno Bakal Mendapat Hukuman Mati

“Menonton pornografi adalah dilarang sama sekali. Saya pernah mendengar bahawa anda boleh dihukum mati hanya dengan menonton video pornografi.”- Kata Williams

Beliau turut menambah bahawa video porno yang dimaksudkan adalah video dari laman web asing. Malah laporan dari Amnesty International menyatakan bahawa pernah terdapat pasangan yang menonton video pornografi dihukum mati di hadapan ramai orang.

Jangan Mimpi Untuk Menonton Rancangan Bersiri Dan Rancangan Asing Di Korea Utara

Anda tidak akan mempunyai peluang untuk menonton Netflix, Disney, dan lain-lain di Korea Utara. Walaupun anda dapat menggunakan VPN secara tidak sah, anda akan menghadapi kesan yang sangat serius. Anda mungkin akan dipenjara atau boleh dihukum mati. Semua TV kabel dan radio asing tidak dapat diakses di negara itu.Adakah anda sanggup tinggal di Korea Utara?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:murai.my

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tonton P0rn0 Dihvkum M@ti? Ini 6 Cara K0rea Utara Kawal Tekn0logi Untuk Rakyat nya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*