“Wanita Di Belakang Dua B3kas Pemimpin Nombor Satu Negara”Ini Kisah Tun Razak Dan Tun Rahah Yang Ramai Tak Tahu

” Tiada kata-kata untuk kehilangan ini.”

Ibu kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak, iaitu Tun Rahah Mohamed Noah, meninggI dnia pada Jumaat petang.

Allahyrhamah menghembvskan nfas trakhir di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, pada usia 87 tahun.

Najib menerusi posting terkini di laman Facebook beliau turut berkongsi kesedihan atas kehilangan ibu tercinta.

” Innalillahwainnailaihirojiun. Bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” katanya dalam posting berkenaan.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah adalah antara individu kenamaan yang menziarahi Allahyrhamah pada Khamis.

Allahyrhamah Tun Rahah dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1933.

Almarhum bapanya Tan Sri Haji Mohammad Noah Omar adalah salah seorang pengasas Umno dan menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat yang pertama.

Allahyrhamah berkahwin dengan Tun Abdul Razak pada 4 September 1952.

Pasangan ini dikurniakan lima anak lelaki, termasuk bekas pengerusi CIMB, Datuk Seri Mohamed Nazir Razak; Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam dan Datuk Mohamed Nazim.

Belasungkawa Tun Rahah

Pemergi4n Tun Abdul Razak tatkala Tun Rahah waktu itu berusia 43 tahun, suatu tanggung yang amat berat.

Seorang ibu tunggal bersama lima anak lelaki: Yang sulung, Najib Razak, ketika itu berusia 23 tahun. Yang bongsu, Nazir Razak berusia 10 tahun.

Kekuatan wanita yang tidak ada pada mana-mana lelaki, ialah IBU.

Hari ini, beliau kembali ke Rahmat Allah. Salam Takziah daripada kami.

Sedikit kisah tentang pertemuan Tun Razak dan Tun Rahah:

Tun Rahah, kelahiran Muar, merupakan anak bongsu kepada Tan Sri Mohammad Noah Omar, antara pengasas UMNO, juga merupakan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat yang pertama. Kakak Tun

Rahah, Tun Suhailah berkahwin dengan Tun Hussein Onn (hubungan sepupu Najib Razak dan Hishamuddin Hussein).

Diceritakan oleh Tunku Shahriman Tunku Sulaiman (teman lama Tun Abdul Razak), bagaimana Tun Rahah berkenalan, dan seterusnya ke jinjang pelamin bersama Tun Abdul Razak.

Ia bermula apabila sahabat Tun Razak sejak belajar undang-undang di London, iaitu Tan Sri Taib Andak dipanggil bertemu oleh Datuk Hussein Mohd Taib (ayah Tun Razak). Dipesannya kepada

Taib Andak, sudah tiba masa Tun Razak mendirikan rumah tangga – dan meminta Taib carikan pasangan untuk anaknya.

Suatu hari Taib membawa Tun Razak bersamanya ke sebuah sekolah di Johor Bahru untuk mengambil anak perempuannya, Kalsom. Sebenarnya, tujuan utama adalah untuk ‘memperlihatkan’

Tun Rahah yang ketika itu berusia 19 tahun – juga belajar di situ.

Tidak lama, Taib dan isterinya meminang Tun Rahah bagi pihak Tun Razak.

Menurut Tun Rahah, apabila ibu bapanya menunjukkan foto Tun Razak, beliau menerima lamaran itu. Kata Tun Rahah, bakal suaminya itu nampak ‘tampan’.

Mereka mengikat pertunangan selama 9 bulan dan berkahwin pada 4 September 1952. Tun Razak berusia 30 tahun pada waktu itu.

Satu perkongsian daripada Tun Razak pula, sebenarnya bukan ayahnya sahaja yang mahunya berkahwin. Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah juga menitahkannya agar berkahwin.

Titah Almarhum waktu itu, kesemua pegawai daerah di Pahang sudah berkahwin. Tetapi, Tun Razak yang merupakan Setiausaha Negeri (Pahang), masih membujang.

Biografi Allahyrhamah

Allahyrhamah Toh Puan Hajah Rahah binti Tan Sri Dato’ Haji Mohamed Noah (11 Jun 1933 – 18 Disember 2020) ialah balu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein dan ibu kepada bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib.

Beliau ialah anak kepada Allahyrham Tan Sri Mohamed Noah Omar, bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Rahah dilahirkan pada 11 Jun 1933 di Muar, Johor. Beliau ialah anak bongsu daripada sepuluh beradik dan anak kepada Mohamad Noah Omar.

Semasa bersekolah di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru, Rahah diperkenalkan kepada Abdul Razak Hussein yang pada ketika itu sudah menjadi ahli aktif parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) oleh Taib Andak, rakan kepada Abdul Razak semasa belajar di London. Abdul Razak dan Rahah berkahwin pada 4 September 1952.

Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970. Sebagai pasangan perdana menteri, Rahah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan penaung Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi).

Pada tahun 1976, suami beliau meninggI dnia, meninggalkan Rahah menjadi balu pada usia 43 tahun.

Rahah ialah canselor Universiti Tun Abdul Razak, universiti yang ditubuhkan untuk memperingati jasa suaminya.

Oleh kerana Abdul Razak ialah perdana menteri yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Republik Rakyat China, semua duta besar China membuat kunjungan hormat kepada Rahah setelah tiba di Malaysia.

Dalam satu temu bual bersama Rahah pada tahun 2011, beliau berkata bahawa beliau menghabiskan sebahagian besar masanya menghadiri kelas agama bersama dengan rakan-rakan.

Rahah meninggI dnia pada 18 Disember 2020 di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur pada usia 87 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Wanita Di Belakang Dua B3kas Pemimpin Nombor Satu Negara”Ini Kisah Tun Razak Dan Tun Rahah Yang Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*