K3liru Status Ag@ma, Kerajaan Akan Panggil Wanlta Berkhwin Dengan Kapten Hoki India

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan seorang wanita yang dikenali sebagai Illi Najwa berjaya menambat hati Kapten Hoki Pasukan Negara India, Manpreet Singh Pawar dan telah berkahwin pada awal Disember ini.

Perkara tersebut tular di media sosial dan ramai yang telah mengucapkan tahniah diatas perkahwinan tersebut.

Cetus kmusykilan orang ramai

Namun begitu, terdapat beberapa kemsyikilan telah tular di internet berkenaan status agama pasangan tersebut setelah beberapa gambar perkahwinan mereka yang berlangsung di India dikatakan berjalan dalam upacara Punjabi

Tiada sebarang permohonan tukar agama

Oleh hal yang demikian, menerusi Harian Metro, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, wanita itu akan dipanggil sekembalinya ke Malaysia.

Katanya, setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhubung status agama wanita berkenaan

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awal yang diterima, wanita berkenaan masih seorang Muslim dan setakat ini tiada permohonan diterima untuk menukar agama.”Ulasnya

Dikatakan suami sudah peluk Islam tahun lalu

“Pada masa sama, kita juga tidak menerima permohonan daripada wanita berkenaan untuk berkahwin di luar negara. Menerusi pembacaan saya di media sosial, wanita berkenaan masih Islam dan lelaki itu dikatakan sudah memeluk Islam akhir tahun lalu.”
“Bagaimanapun, perkara ini akan terungkai sebaik kita mendapat penjelasan daripada wanita itu sendiri.” Katanya.

“Bersangka baik wanita itu masih Islam”

Selain daripada itu, Ahmad Marzuk Shaary juga mengulas berkenaan majlis resepsi yang dijalankan apabila mendkwa ia berc4nggah dengan ajaran Islam serta mempunya unsvr agama lain.

“Kita memahami kegus4ran masyarakat berhubung perkara berkenaan kerana ia agak sensitif. Bagaimanapun, setakat ini kita bersangka baik dan mengandaikan wanita itu masih Islam,” katanya

Terdahulu, wanita tersebut, Illi Najwa Saddique yang menjalinkan cinta selama lapan tahun dengan Kapten pasukan Hoki India itu telah melangsungkan perkahwinan di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Manpreet, 28, dilihat mengenakan sut perkahwinan Punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa kelihatan menawan dengan pakaian pengantin Punjabi serta dihadiri oleh ahli keluarga pihak lelaki

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Harian Metro via OhMyMedia

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "K3liru Status Ag@ma, Kerajaan Akan Panggil Wanlta Berkhwin Dengan Kapten Hoki India"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*