Demi Tugas, Guru Masih Gigih Bekerja Di Katil H0spital Sehari Sebelum Meninggl

Guru merupakan antara insan yang sangat berbakti kepada kita sehingga ke akhir hayat. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kerap kita dengar bahawa tugas guru sering dipertikai oleh sesetangah pihak.

Pada saat dunia dilanda musibah, tugas guru menjadi semakin besar apabila perlu lebih kreatif kerana menjalani pengajaran secara atas talian.

Perkongsian dari Texas

Dalam satu perkongsian yang tular oleh seorang pengguna Facebook dari Texas dikenali sebagai Sandra A. Venegas, dia telah berkongsi kisah bapanya yang masih gigih bekerja walaupun berada di katil hospital sehingga meninggal dunia.

Tetap bekerja di katil hospital

Dalam perkongsian tersebut, Sandra memberitahu bahawa bapanya membawa komputer riba dan pengecas didalam wad kerana bimbang tidak dapat menyelesaikan pembahagian gred untuk laporan kemajuan.

Perkara itu berlaku sehari sebelum bapanya meninggal dunia.

Ralat kerana tak habiskan banyak waktu dengan bapa

Sehubungan dengan itu, wanita tersebut juga menyatakan sepatutnya dia menghabiskan lebih banyak masa dengan bapanya sebelum ini memandangkan dia juga bekerja dirumah.

Sandra turut memberi penghargaan buat para guru diluar sana yang mash gigih memberikan yang terbaik walaupun dunia sedang berdepan dengan pandemik.

Oleh itu, dia menyeru kepada semua insan yang hidup bersama seorang guru agar memberikan mereka batasan seperti tidak terlalu keras bekerja dan memastikan mereka mempunyai waktu untuk berehat jika berada diluar waktu kerja mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Sandra A. Venegas

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Demi Tugas, Guru Masih Gigih Bekerja Di Katil H0spital Sehari Sebelum Meninggl"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*