Keluarga Awal-Awal Dah Tahu. Astro Tampil Beri Penjelasan Isv Kamal Adli Melamar Uqasha Senrose

” Saya tidak boleh memberikan komen bagi pihak Kamal secara terperinci.

Itu kata-kata Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad yang menjelaskan tentang kejutan lamaran yang dibuat pelakon Kamal Adli untuk Uqasha Senrose di Anugerah MeleTOP Era (AME2020), semalam.

Menurut Raqim, dia tidak boleh memberi komen bagi pihak Kamal tetapi apa yang boleh dikongsikan adalah ahli keluarga sudah mengetahui tentang plan tersebut.

Keluarga sudah tahu awal

” Akan tetapi apa yang boleh saya kongsi adalah mereka dah berbincang dengan ahli keluarga masing-masing terlebih dahulu.

” Itulah perkara yang paling penting apabila mereka menyatakan hasrat melakukan lamaran tersebut.

Paling penting dapatkan dahulu restu ahli keluarga,” katanya.

Tambahnya lagi, dia mencadangkan kepada Kamal untuk berkongsi momen manis itu pada malam AME 2020.

” Jadi apabila Kamal mencari platform sesuai untuk berkongsi tentang hubungan mereka ke arah yang lebih serius, kami cadang mengapa tidak di AME yang akan datang.

” Di situ platform yang boleh berkongsi berita itu bersama peminat,” katanya lagi.

Harap Trend Melamar Secara Terang-Terangan Dihentikan – PU Rahmat

Terdahulu, Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan atau PU Rahmat menerangkan secara ringkas mengapa agama Islam tidak menggalakkan lamaran secara terangan-terangan dilakukan.

Dari sudut Islam

Saya sentiasa mendoakan mana-mana pernikahan kekal hingga ke syurga. Amin. Hanya sedikit nasihat saya yan memahami sedikit hukum islam. Kenapa Islam tidak menganjurkan melamar wanita secara terang-terangan di restoren mahu pun atas pentas?

1) Agar tiada tekanan kepada wanita, Islam tidak mahu wanita berada dalam serba salah atau tekanan apabila menerima lamaran lelaki.

Tak dinafikan ada wanita boleh yakin dan kuat untuk mengatakan TIDAK kepada mana-mana lamaran tetapi ada wanita yang akan kasihan atau menjadi tidak berupaya menolak lamaran. Maka kaedah merisik lebih baik kerana memberi wanita masa berfikir, bermuhasabah dan membuat perkiraan.

Islam sangat menjaga hak wanita maka wanita sangat digalakkan untuk bertenang apabila membuat apa-apa keputusan khususnya keputusan yang melibatkan masa depannya.

2) Menjaga air muka lelaki, lelaki yang melamar secara terang-terangan berpotensi ditolak secara terang-terangan juga. Jadilah seorang lelaki yang menjaga air muka sendiri dan keluarga.

Jangan diikut trend barat

3) Pernikahan bukan hanya mencantumkan dua jiwa tetapi mencantumkan dua keluarga. Kaedah merisik akan menemukan dua keluarga dan dua keluarga akan saling menilai ” nilai dan jiwa” dua keluarga.

Ya saya tahu ada yang tak peduli hal keluarga dengan alasan “aku yang nak kawin” tapi yakinlah ada keberkatan dalam perbincangan dan restu ibu dan ayah. Jangan diikut trend barat yang penuh dengan kelompongan dalam menilai sesuatu. Barat bukan semuanya tahu.

Tumpang Gembira

Saya gembira atas kejayaan lamaran Kamal Adli dan Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagiaan mereka, semoga mereka dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Hanya saya berharap trend melamar secara terang-terangan dihentikan dan tidak menjadi budaya kita.

” Romantiklah dengan syariat, InsyaAllah berkat. Saya akhiri dengan kalam. Saya hanya menyampaikan tidak meng3cam. Saya menerangkan bukan menyer4ng.” akhiri PU Rahmat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:http://limauais.pw/

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Keluarga Awal-Awal Dah Tahu. Astro Tampil Beri Penjelasan Isv Kamal Adli Melamar Uqasha Senrose"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*