Kemesraan Ruhainies, Zul Cetus Tanda Tanya?

KUALA LUMPUR: Kemesraan aktor bertubuh sasa, Zul Ariffin dan Ruhainies ketika membintangi drama Wifi Sebelah Rumah menimbulkan pelbagai persepsi. Ada yang suka melihat gelagat mereka, tidak kurang juga ‘jelek’ melihat aksi terlebih mesra yang dianggap keterlaluan.

Namun, hakikatnya, Zul mahupun Ruhainies sekadar membawakan watak komedi dalam drama 16 episod arahan Shuhaimi Zulkefli dan terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd.

Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 28, berkata setakat ini, dia tidak pernah menerima kecaman peminat setia Zul, sebaliknya mereka sentiasa memberikan kata pos1tif.

“Komen pos1tif yang diberikan membuatkan saya lebih bersemangat datang ke lokasi penggambaran, setiap hari. Tiada lagi kec4man yang diterima.

“Malah, saya dan Zul berhubung sebagai seorang kawan di luar lokasi penggambaran. Zul, sebenarnya seorang lelaki sangat baik dan tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang lakonan. Jadi, ini sal4h satu sebab saya seronok untuk ke lokasi penggambaran tanpa tekanan.

“Hingga sampai hari akhir penggambaran, saya rasa kenapa terlalu cepat masa berlalu. Saya selesa bekerja dengan Zul dan keseluruhan tenaga produksi,” katanya kepada BH Online.

Melonjak populariti menerusi drama Hello Mr Perfect, Ruhainies berkata, pengalaman kali pertama bekerja dengan Zul cukup bermakna buatnya.

Gadis kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang itu berkata, awalnya, dia tidak mengetahui pelakon lelaki yang bakal digandingkan dengannya dalam drama komedi itu.

“Saya terkejvt saat diberitahu bergandingan dengan Zul. Ini kerana saya tak pernah melihat Zul berlakon dalam drama komedi, sebelum ini.

“Saya tak sabar kerana hanya mengenali Zul secara luaran sebagai seorang yang tegas dan garang. Jadi, saya tak sabar nak lihat bagaimana Zul beraksi komedi.

“Bagaimanapun, pengalaman bekerja dengan Zul sangat mudah dan selesa. Kami begitu mudah mencipta keserasian. Bayangkan dalam tempoh dua hari, kami sudah dapat keserasian,” katanya.

Anak ketiga daripada lima adik beradik itu berkata, dia tidak menyangka di sebalik wajah seriusnya, Zul seorang yang sangat lucu dan satu kepala dengannya.

“Saya akui, Zul adalah gandingan saya paling serasi sepanjang bergelar pelakon,” katanya.

Mengulas penerimaan teman lelakinya, Ruhainies enggan mengulas lanjut. Dia kurang selesa mencampur adukkan kerjaya dan soal peribadi.

“Saya dan Zul bersikap profesional ketika bekerja. Aksi mesra yang dilakukan bagi memenuhi kehendak pengarah. Saya enggan komen bagaimana penerimaan teman lelaki.

“Alhamdulillah, setakat ini, tiada sebarang mas4lah. Apa yang dapat dikatakan, saya gembira sama ada berkaitan kerjaya mahupun peribadi,” katanya.

Ruhainies berkata, dia dan Zul kemungkinan akan digandingkan sekali lagi dalam sebuah drama, tidak lama lagi.

“Saya tak sabar mahu kembali bekerja dengan Zul,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:MV

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kemesraan Ruhainies, Zul Cetus Tanda Tanya?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*