PM Tawar Jadi Individu Pertama Terima Svntikan V4ksin COVID-19

Selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan ingin menjadi orang pertama di Indonesia menerima vaksin COVID 19, hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengambil langkah yang serupa apabila mengumumkan bakal menawarkan diri untuk jadi individu pertama menerima suntikan tersebut. 

Menurut Berita Harian, Perdana Menteri berkata, ia bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin COVID 19 yang diperolehi tersebut selamat dan berkesan.

Ini akan diikuti dengan petugas barisan hadapan, sebelum diberikan kepada kumpulan sasar iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penyakit saluran pernafasan kronik,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

Dalam perutusan tersebut juga, PM mengajak semua pihak untuk bersama-sama menghayati dan membudayakan norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian walaupun selepas menerima bekalan dan suntikan vaksin tersebut.

Menurutnya lagi, kita perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu kerana virus tersebut sudah pun berada dalam komuniti.

Sumber: Sinar Harian

“Patuhi SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan dan amalkan kebiasaan mencuci tangan menggunakan sabun dengan lebih kerap atau gunakan pencuci tangan (hand sanitizer) jika tiada punca air berdekatan, pakai pelitup muka dengan betul ketika berada di tempat awam dan jaga jarak fizikal dengan orang di sekeliling.

“Insya-Allah, kita mampu menghadapi cabaran ini bersama,” katanya lagi.

Selain PM, siapa agaknya akan jadi orang pertama menerima vaksin ni ye?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "PM Tawar Jadi Individu Pertama Terima Svntikan V4ksin COVID-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*