“Nikah Dua, Tiga, Empat,Tak Mengapa. Tapi Cabul Ini…” Dr Zulkifli Tegvr Pendakwah Selebriti Jaga Imej

Berikutan dengan kes salah laku seks pendakwah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berharap kejadian kes jenayah ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan terutamanya dalam kalangan pendakwah selebriti.

Tegasnya ia akan memberikan pendangan buruk terhadap keseluruhan golongan ini, lapor Sinar Harian.

Tolonglah jaga, termasuk diri saya. Saya ‘tok sey’ (tidak mahu) dengar pencabulan.” 

Beliau berkata begitu kerana, jikka ada  kes jenayah membabitkan golongan pendakwah selebriti, ia pasti akan mendapat liputan meluas di media.

“Kalau ustaz dengan gambar-gambar sekali (dipaparkan dalam media), dua minit kita tahu dah siapa (orang yang terlibat). Pertama, kita saling menasihati. Sesama Islam, salah satunya dalam majlis seperti ini, apabila kita bersama dekat satu sama lain, ingat mengingatkan.”

Tambahnya, diharapkan tahun 2021 nanti tidak akan ada lagi sebarang isu konflik seperti ini.

“Nikah dua, nikah tiga, nikah empat… tak mengapa. Tapi cabul ini, nak ulang perkataan itu pun tak sedap bunyinya,” katanya.

Sebelum ini, peserta program realiti TV berbentuk keagamaan, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau Dai’ Syed didakwa di dua mahkamah atas empat tuduhan melakukan seks luar tabii, mencabul, merogol serta melakukan kekerasan jenayah terhadap wanita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Nikah Dua, Tiga, Empat,Tak Mengapa. Tapi Cabul Ini…” Dr Zulkifli Tegvr Pendakwah Selebriti Jaga Imej"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*