Si Kakak Selamat Bernikah, Pasangan Kembar 7G Sedih Terp4ksa Berplsah

Selebriti media sosial, Ieka Tajudin dan kembarnya iaitu Iera Tajudin pernah mencetuskan kontroversi apabila mereka menyalahkan guru gara-gara meraih keputusan 7G dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Walau bagaimanapun, kedua-dua remaja ini tetap tabah menjalani segala kecaman dan tohmahan yang dihamburkan warganet kepada mereka dengan tenang selain menguruskan bisnes kosmetik bersama.

Semalam, Ieka atau nama penuhnya Siti Norsyafiqah Tajudin telah selamat menjadi isteri kepada lelaki pilihan hatinya.

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman sosial Instagram, dia berkongsi berita gembira mengenai pernikahannya yang dilangsungkan secara sederhana.

Namun, dia tetap bersyukur kerana urusan bagi mendirikan rumah tangga dipermudahkan dan berjanji akan menjadi isteri terbaik buat suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SNSTJ (@ieka.tajudin)

“Alhamdulillah Ieka dah bergelar sebagai isteri yang sah,
“Inshaa Allah Ieka akan menjadi seorang isteri yang solehah dan ibu yang mithali,” tulis Ieka di ruangan kapsyen.

Sementara itu, Iera atau nama penuhnya Siti Norsyakirah berkongsi detik-detik yang mengharukan sewaktu bersama kakaknya di malam pernikahan tersebut.

Mereka sempat berbisik antara satu sama lain, mengimbau kembali segala episod suka duka dalam kehidupan yang pernah mereka lalui bersama.

“Masa kecik-kecik dulu tak pernah pun sangka akan pisah dengan kembar sendiri. Selalu mesti fikir, kita sampai tua pun tetap sama-sama,
“Tapi ni kan kehidupan, masing masing akan pilih jalan sendiri. Akhirnya kita pisah juga,” tulis Iera di ruangan kapsyen.

Meraih lebih 300,000 tontonan di Instagram, rata-rata warganet meninggalkan komen berasa terharu dan sebak tatkala menonton video luahan hati Iera itu. Mereka turut mengucapkan tahniah atas pernikahan Ieka.

Sebaknya!

Nak nangis!

Sedihnya. Bagai air yang dicincang tidak akan putus, begitulah lumrah kehidupan sebagai adik-beradik. Walau jauh di mata, namun masih dekat di hati sentiasa. Tahniah diucapkan buat Ieka, selamat pengantin baru!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram Ieka Tajudin , Iera Tajudin

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Si Kakak Selamat Bernikah, Pasangan Kembar 7G Sedih Terp4ksa Berplsah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*