Suami Beri Cincin RM90 Ribu Tapi Isteri Balas Lagi Padu!

Tak mudah nak dapat pasangan yang sweet macam gula kan? Tapi yangni memang terlebih sweet. Kalau anda tengok pun mak ai..jeles tau!

Boleh pengsan gais kalau tengokkan hadiah anniversary yang founder rempah Odeen Viral Cekyana, CekYana beri pada husbabynya, Muhammad Radzif Md Rodi. Untung betul lah dapat isteri macam ni. Nak juga lah pasangan macam ni. Aci tak? Haha.

Pergh Untungnya!

Sambutan anniversary ke-3 yang disambut pada 22 Disember baru-baru ini memang betul-betul jaw dropped! Bukan biasher-biasher.

CekYana menghadiahkan suaminya jam Rolex yang bernilai RM80 ribu. Bukan itu jer, kereta Mustang pun turut dihadiahkan kepada si suami. Yang menariknya warna Mustang tu gais. Orang utara kata, oren merenga!

Warna oren ni sengaja dipilih CekYana sebab tahun 2021 tema ‘Masak Masak Cekyana’ adalah warna oren-oren merah kuning gituw…no wonderlah warna oren jadi pilihan!

Tapi kalau kami, warna Pink pun kami terima asalkan ianya hadiah. Ye dok? Haha…

Ada Lagi & Lagi…

Kalau anda nak tahu sebenarnya suami CekYana beri cincin berharga RM90 ribu. Tapi tapi CekYana balas lagi padu! Mustang dengan Rolex terus gais. Ada lagi…jambangan bunga yang besar gedabak tu pun CekYana bagi. Terperanjat terus suaminya. Sweet betul lah mereka ni.

Bestnya kan kalau dapat hadiah ‘gila’ macam ni. Sambut hari-hari anniversary pun takpe…

Kata suami CekYana, sambutan anniversary kali ini memang lain dari lain. “Biasanya dia dalam surprise tu mesti akan ada surprise lagi…” Inilah perangai CekYana yang tak habis-habis nak kejutkannya.

Memilih bilik bernilai RM15,000 semalam untuk sambutan anniversary mereka pun dah cukup membuatkan jantungnya luruh. Mana taknya, bilik ini adalah bilik termahal yang pernah mereka tidur. Fuhh…berpeluh baca!

Akui suami CekYana, isterinya sangat bekerja keras, selalu jer ada benda yang nak dia akan buat untuk wow kan dan surprisekannya. Halah..sweetnya kan?

“Alhamdulilah syukur Ya Allah selesai sudah surprise anniversary…MashaaAllah CekYana rasa inilah peluang CekYana buktikan dekat suami bahawa bisnes CekYana lah yang dapat berikan apa yang suami inginkan. Dengan buat bisnes lah CekYana dapat realisasikan impian suami,apa apa sekalipun semua Allah izinkan..CekYana dalam bisnes CekYana nak minta redha dari suami semoga perjalanan bisnes kita semakin lancar. Dan terima kasih sentiasa ada dalam labour room lahirkan anak anak sayang. CekYana memang dah niat nak bagi Rolex RM80k, Mustang yang berharga ratus ribu, Bunga hampir bernilai RM15k..dan bilik paling special RM15k. Perjalanan rumah tangga kami sangat sangat panjang dan diuji sebab ada pengalaman lepas tapi Alhamdulilah perkahwinan kedua kami ni Allah bagi rezeki anak anak..”

Aww, sho sweet lah. Moga perniagaan yang diusahakan pasangan ini dan rumah tangga mereka berkekalan selamanya. Dan dapat bantu ramai lagi orang di luar sana dalam bisnes rempah Odeen Viral Cekyana ini!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Suami Beri Cincin RM90 Ribu Tapi Isteri Balas Lagi Padu!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*