‘Sweet’ Sangat Anak Bunga Citra Lestari, Hadiahkan Kad Ucapan Sempena Hari Ibu

Setiap tahun, tanggal 22 Disember adalah tarikh istimewa buat golongan wanita yang bergelar ‘ibu’ di Indonesia kerana seluruh rakyat menyambut Hari Ibu pada hari tersebut.

Baru-baru ini, selebriti jelita Bunga Citra Lestari (BCL) memuat naik gambar anak lelakinya Noah Sinclair di laman sosial Instagram.

Kelihatan dalam gambar tersebut, anaknya yang berusia 10 tahun itu tersenyum memegang sekeping kad yang tertera ucapan ‘Happy Mothers Day Mommy’.

Difahamkan, kad ucapan berkenaan adalah hasil buatan tangan Noah sendiri dan ia ditujukan khas buat ibunya sempena sambutan hari istimewa itu.

Kad ucapan itu turut diselitkan dengan potongan gambar artis Korea kegemaran ibunya iaitu Park Seo Joon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

“Saya harap, ibu sentiasa sihat dan bahagia selalu. Saya sayangkan ibu selama-lamanya,” tulis Noah.

Turut disertakan lukisan gambar bunga mawar merah di belakang kad sebagai tanda rasa cinta buat ibunya. Posting itu menerima lebih 400,000 tanda suka selain ribuan komen daripada peminat serta pengikut.

‘Sweetnya’ Noah

Selamat Hari Ibu kak Bunga!

Anak yang kacak dan pintar

Terdahulu, BCL berkahwin dengan artis Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair yang ditakdirkan pergi menghadap Ilahi pada Februari lalu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:OMM

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Sweet’ Sangat Anak Bunga Citra Lestari, Hadiahkan Kad Ucapan Sempena Hari Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*