Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Hanya Nikah Di Masjid

Kurang seminggu lagi buat pelakon, Ayda Jebat untuk bergelar isteri kepada pengacara Nabil Mahir dengan melangsungkan majlis secara ringkas berikutan perlu mematuhi beberapa prosedur operasi standard (SOP).

Menurut laporan SinarPlus, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata majlis pernikahan akan diadakan di masjid yang dihadiri 50 tetamu selain tidak mempunyai tema atau konsep perkahwinan.

“Perancangan asal saya ingin mengadakan majlis resepsi pada bulan Februari, namun terpaksa ditunda. Ini disebabkan dewan hotel yang saya ingini habis ditempah.
“Bagi saya mengadakan majlis kecil pun tidak mengapa, asalkan perkara wajib dapat dilaksanakan,” kata penyanyi lagu Pencuri Hati itu.

Apabila ditanya mengenai persediaan untuk mendirikan rumah tangga, penyanyi berusia 28 tahun itu mengakui teruja bagi menjalani kehidupan bersama insan tersayang.

“Debaran itu ada. Cuma tiada sedikitpun terbit perasaan ragu-ragu atau terkilan kerana saya yakin dengan keputusan ini (berumah tangga).
“Lagipun bersedia atau tidak menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri yang terbaik selepas ini, saya berdoa semoga urusan itu dipermudahkan,” ujarnya.

Terdahulu, pasangan tersebut mengikat tali pertunangan secara ‘online’ ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:SinarPlus (Izyan Liyana)

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Hanya Nikah Di Masjid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*