Dato Aliff Syukri Hadiahkan Kereta Untuk Ibu Tercinta Sempena Hari Lahirnya

Siapa yang tidak kenal dengan usahawan kosmetik yang penuh dengan kejutan iaitu Dato Aliff Syukri.

Terbaharu, Dato Aliff dilihat memberikan kejutan kepada ibunya, Rozita Ibrahim yang juga pengasas produk kecantikan Sendayu Tinggi dengan menghadiahkan sebuah kereta Toyota Vellfire sempena ulangtahun kelahirannya.


Hantaran yang di muat naik di laman Instagram Dato Aliff itu ditulis dengan kapsyen,

“Mak jangan menangis🙏🏻😢”

“Alhamdulillah syurga saya masih sihat sehingga saat ini…tgk mak sihat,gembira dan bahgia adalah perkara paling penting dalam hidup kri..insan yg sy agungkan @bondarozitaibrahim ❤️❤️”

Dato Aliff menyatakan bahawa tujuan dirinya menghadiahkan kereta tersebut adalah kerana beliau sering melihat ibunya membawa banyak barang sehingga tidak muat kereta, jadi beliau berhasrat untuk menghadiahkan Toyota Vellfire berkenaan.

“Bagi saya Harijadi mak adalah hari-hari.. Sempena hari lahir mak 22/12 hari tu saya buat suprise hadiahkan kereta baru yg lebih luas utk dia gunakan…bukan apa,kadang2 tgk dia kalau nak kemana2 penuh barang dlm kereta……bagi saya apa yg saya ada hari ini adalah kerna doa seorang ibu yg tak pernah putus utk saya,apapun yang boleh membahagiakan dia saya sanggup walau apa sahaja….”

Usahawan kosmetik terkenal itu juga turut mengatakan bahawa kesabaran ibunya dalam membesarkan diri dan adik beradik adalah tidak ternilai dengan apa yang diberikan kepada ibunya.

“Pengorbanan, kesabaran mak dalam membesarkan saya tak ada nilai yang boleh ganti,mak faham karenah gila2 saya….yang sabar dgn saya walau saya sekolah tak pandai…x jemu didik saya …
sempena hari lahir ni saya nak mak tahu,nyawa pun saya sangguo korbankan demi wanita/ Ibu yg bernama Rozita Ibrahim… spacial thanks utk dady, odah dan cahaya yg byk membantu suprise kali ni😂😂🙏🏻🙏🏻🙏🏻p/s .. Saya harap kalau anda mempunyai ibu atau mak lagi hargailah mereka sementara mereka masih ada..semampunya anda..”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut tersentuh melihat tindakan Dato Aliff tersebut.

Malah Dato Aliff sempat berpesan kepada para pengikutnya untuk menghargai ibu bapa mereka sementara mereka masih ada.

Sejuk hati ibu yang mengandung. Terbaik lah Dato!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Hot fm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Dato Aliff Syukri Hadiahkan Kereta Untuk Ibu Tercinta Sempena Hari Lahirnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*