Selepas 4 Bulan Bertunang, Dayana Roza S4h Jadi Isteri Kepada Usahawan

Selepas empat bulan mengikat tali pertunangan, pelakon Dayana Roza selamat bergelar isteri kepada usahawan, A’dale Adham Ayahudin di Masjid Negara pagi tadi.

Menurut laporan BH Online, majlis yang berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) dimana hanya dihadiri kira-kira 30 jemputan termasuk ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Dayana atau nama penuhnya Nur Dayana Kamsun Bahrin berkata, dia bersyukur ikatan mereka kini sudah sah untuk melalui fasa kehidupan bersama-sama.

“Alhamdulillah, terpateri sudah ikatan sah antara kami. Sepatutnya, saya dan suami bernikah pada 12 Disember lalu.
“Namun, kita hanya merancang. Di sebalik ujian pandemik Covid-19 yang membataskan banyak perkara, kami hanya dapat melangsungkan acara wajib dulu,” katanya.

Bercerita mengenai kisah cinta mereka, pelakon berusia 29 tahun itu berkata suaminya bersungguh-sungguh mahu menghalalkan hubungan mereka.

“A’dale pernah menyuarakan hasrat melamar saya, kira-kira empat tahun lalu. Tetapi saya menolok lamaran itu.
“Tidak sangka, hasratnya jadi nyata. A’dale sanggup menunggu lama. Jodoh kami kuat,” tambahnya.

Selain itu, pelakon drama Cinta Bukan Kristal itu mengakui jatuh cinta dengan A’dale kerana sifat hormat dan pandai mengambil hati ibunya.

Sementara itu, pasangan merpati dua sejoli ini turut merancang untuk berbulan madu di Langkawi dan tidak menolak rezeki dikurniakan zuriat dalam masa terdekat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza)


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: BH Online (Zaidi Mohamad)

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Selepas 4 Bulan Bertunang, Dayana Roza S4h Jadi Isteri Kepada Usahawan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*