Tak Sampai 24 Jam Viral, Lima Sekeluarga Kini Miliki ‘Istana’ Untuk Berteduh

Semalam, tular berita mengenai sebuah keluarga yang tinggal di dalam kereta selama lapan bulan selepas rumah mereka hangus dijilat api sehingga mengundang simpati orang ramai.

Sehubungan dengan itu, pendakwah popular Ustaz Ebit Lew hari ini berkesempatan menziarahi keluarga Ganesh yang berada di Pulau Pinang.

8 bulan tinggal dalam kereta

Menerusi perkongsian Ebit, beliau menyatakan perasaan sebak dan sedih kerana membaca kisah keluarga yang harus makan dan tidur di dalam kereta sepanjang tempoh tersebut.

Lebih menyedihkan apabila isteri kepada Ganesh yang bernama Parameswari terpaksa berpantang di dalam kereta dan mandi di tandas awam.

“Mandi di tandas awam. Malam kerja guard bawa keluarga tidur dalam kereta. Berpantang baru lepas bersalin hanya dalam kereta sahaja,” ujarnya.

Selain itu, EBit juga mengatakan wajah gembira tiga orang anak kecil itu dapat dilihat sejurus beliau membeli kek buat mereka untuk dimakan bersama.

Sewakan rumah

Bukan itu sahaja, malah beliau berbesar hati untuk menyewakan rumah yang selasa dan dilengkapi dengan keperluan lengkap seperti peti ais, mesin basuh, televisyen, periuk nasi dan sebagainya.

“Saya sewakan rumah cantik selesa ada tiga bilik dan hadiahkan duit belanja dan barang keperluan dapur,” coretnya. 

Pendakwah berusia 36 tahun itu sempat memuji sikap pasangan suami isteri ini yang tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kerana terharu dan gembira akan sikap beliau yang suka membantu orang.

Melihat keadaan keluarga ini, kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada umatnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Facebook Ustaz Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tak Sampai 24 Jam Viral, Lima Sekeluarga Kini Miliki ‘Istana’ Untuk Berteduh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*