Afifah Nasir Tayang Foto Kekasih Kacvkan

Pasti ramai mengenali pelakon berwajah menawan, Afifah Nasir yang juga merupakan adik kepada aktres Anzalna Nasir.

Mengikuti jejak langkah kakaknya, pelakon berusia 27 tahun itu semakin melonjak naik selepas tampil membintangi beberapa drama tempatan sejak tahun 2015.

Kisah cinta antara pelakon drama Ironi Kasih itu dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Syed Adi bukan lagi satu rahsia kerana dia kerap memuat naik gambar bersama jejaka berdarah kacukan itu di laman Instagram.

Baru-baru ini, Afifah memuat naik gambar mereka bersama menikmati saat romantis di sebuah kafe sehingga menarik perhatian warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93)

“Petang yang indah bersama jejaka sempurna ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam gambar tersebut, wajah pasangan dua sejoli itu kelihatan cukup bahagia sekali, terutamanya Afifah yang tampak berseri-seri di samping kekasih hati.

Bak kata pepatah, bagai pinang yang dibelah dua, sememangnya mereka berdua sama cantik dan sama padan! Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keserasian dan mendoakan kebahagian mereka berdua.

Dua2 nampak sempurna!

Pasangan yang menawan

Jelas terpancar kebahagiaan…

Terdahulu, Afifah atau nama penuhnya Nur Afifah Md Nasir pernah menjalinkan percintaan dengan jejaka bernama Wan Ariff namun hubungan itu telah berakhir tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram Afifah Nasir

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Afifah Nasir Tayang Foto Kekasih Kacvkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*